Tular surat tawaran jawatan Timbalan Presiden parti PKR untuk KJ, ini penjelasan Fahmi

Photo of author

By Joe

Tular surat tawaran jawatan Timbalan Presiden parti PKR untuk KJ, ini penjelasan Fahmi. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Fahmi Zainol menafikan PKR menawarkan jawatan Timbalan Presiden parti kepada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, zaman sekarang terlampau banyak sindiket penipuan dengan pelbagai taktik untuk meraih perhatian masyarakat.

“Scam zaman moden macam-macam jenis,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Tular surat tawaran jawatan Timbalan Presiden parti PKR untuk KJ, ini penjelasan Fahmi

Beliau berkata demikian merujuk kepada surat rasmi yang tersebar di media sosial.

Surat tersebut kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR pada Isnin, yang menawarkan bekas Menteri Kesihatan berkenaan untuk menyertai PKR termasuk memberikan jawatan Timbalan Presiden parti secara lantikan.

Dalam kandungan berkenaan juga meminta Khairy untuk memberi jawapan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.

Baca Lagi:
Jumpa beg duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka-sangka
“Masak nasi dalam bilik?”, Isteri kantoi buat nasi kangkang untuk suami panas baran, ketika periuk nasi dibuka berderau darah aku
Teruk kena hentam dengan netizen, Inspektor Sheila Sharon akhirnya buka mulut cerita perkara sebenar