Tular rakaman sekumpulan individu nyanyi lagu puja Abuya

Photo of author

By Joe

Tular rakaman sekumpulan individu nyanyi lagu puja Abuya. Satu video yang menunjukkan sekumpulan individu sedang membacakan pantun memuja bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya, telah tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Video yang berdurasi dua minit 59 saat ini dimuat naik di platform TikTok oleh Malaysia Tribune pada hari Selasa lalu dan telah memperoleh lebih daripada 3,000 tanda suka setakat ini.

Dalam rakaman video tersebut, terdapat 11 individu, termasuk seorang wanita yang dipercayai merupakan pengikut Abuya, sedang menyampaikan pantun dua kerat yang menceritakan latar belakang Abuya.

Tular rakaman sekumpulan individu nyanyi lagu puja Abuya

Antara bait pantun yang disampaikan oleh mereka ialah:

‘Pasar Ikhwan di Putrajaya, Siapakah dia Abuya?’
‘Abuya seorang yang teliti, sudah tentulah PBT (Putra Bani Tamim)’
‘Abuya pasti akan zahir, bilakah Abuya lahir?’
‘Di Makkah musim tengkujuh Abuya lahir 37’
‘Kekasih Allah Nabi Ibrahim…siapakah dia Lebai Ibrahim’
‘Beliau itu pakcik Abuya, juga merangkap guru Abuya’.

Bagaimanapun, sebilangan pengikut media sosial mengecam tindakan tersebut dan menganggap perbuatan mengagungkan Abuya sebagai sesat.

“Agungkan Abuya jer (sahaja)… sesat lagi menyesatkan,” kata pemilik akaun TikTok ‘zehan’.

Pemilik akaun TikTok yang lain, ‘eyraakaira’, pula meluahkan rasa malu dengan tindakan mereka itu.

Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru.

Kerajaan sebelum ini telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994.

Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam, sekaligus mengakibatkan syirik.

Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) adalah syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan ajaran Al-Arqam dan Rufaqa, yang antara lain mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan.

@malaysiatribune Rakaman pantun GISB memuja Abuya & Ummu Jah Al-Arqam yang tersebar semula di media sosial #ummujah #abuya #alarqam #gisb #pantungisb #malaysiatrendingnews #viraltiktokmalaysia #tiktoknews #ajaransesat ♬ original sound – malaysia tribune

Baca Lagi:
Pasangan yang selalu kongsi gambar selfie bersama di media sosial adalah pasangan yang tidak bahagia
Bekas pelumba negara maut ditetak lebih 8 kali di Perlis
“Private Island” di langkawi bakal dijual harga lebih RM9 juta