Tular pelajar sekolah agama makan makanan di atas lantai jubin undang kecaman netizen

miris sejumlah santri diberikan makan dengan cara tak lazim tuai kecaman netizen naudzubillah e1650924672148

Tular pelajar sekolah agama makan makanan di atas lantai jubin undang kecaman netizen

Sebuah klip video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan situasi seorang lelaki menghidangkan makanan kepada pelajar sebuah sekolah agama dengan cara meletakkannya di atas lantai tanpa berlapik, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik pada akaun Instagram bernama @ihsanalkolev09.

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang berkumpul di sebuah bilik. Mereka dilihat duduk di atas lantai tanpa beralaskan tikar atau apa-apa peralatan.

Tular pelajar sekolah agama makan makanan di atas lantai jubin undang kecaman netizen

Pelajar-pelajar itu dilihat memakai kopiah dan berkain pelikat.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berbaju hijau datang membawa besen yang berisi makanan. Lelaki itu dilihat mencedok makanan dan meletakkannya di atas lantai jubin tanpa beralaskan pinggan atau dulang.

Sebaik sahaja lelaki itu selesai, pelajar-pelajar lelaki itu terus menjamah makanan yang disediakan tanpa berasa risau akan kotoran yang ada pada lantai tersebut. Malah, mereka terlihat bersemangat ketika menjamu selera.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sungguh tidak menunjukkan adab bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman, sia-sia jika tiada adab,’’ tulis seorang netizen.

“Memang menyedihkan kerana menjaga keberishan dan kesihatan adalah perintah agama,’’ komen netizen lain.

Baca lagi: 

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Presiden The World Bank keluar amaran krisis makanan bakal berlaku

Seks luar tabii dengan kucing di taman permainan, warga emas di tahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *