Tular lelaki berbogel di lobi hotel Genting Highlands

153126k53fhzqpfhpwgufr

Tular lelaki berbogel di lobi hotel Genting Highlands.

Seorang lelaki bertindak di luar kewarasan apabila berbogel di khalayak ramai di sebuah hotel di Genting Highlands di sini semalam.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan lelaki tersebut dipercayai akibat tekanan hidup.

Dalam kejadian itu, difahamkan lelaki terbabit datang ke pusat peranginan tersebut bersama isteri dan dua anak berusia dua dan lima tahun untuk bercuti.

Rakaman video berdurasi 15 saat yang tular memaparkan lelaki berkenaan menanggalkan semua pakaiannya di hadapan anak dan isteri sebelum bertindak duduk dan tunduk.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, lelaki berusia 46 tahun tersebut bertindak menanggalkan semua pakaiannya ketika berada di lobi sebuah hotel.

“Susulan itu orang awam menghubungi polis bantuan yang kemudiannya membawa lelaki terbabit ke Balai Polis Genting sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut.

“Berdasarkan maklumat daripada isterinya, lelaki berkenaan dipercayai mengalami tekanan kerja yang mana sebelum kejadian lelaki yang bekerja sebagai pembantu jualan itu tidak cukup tidur,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham, pada masa ini pihak polis masih menunggu laporan perubatan bagi mengenal pasti punca kejadian berkenaan termasuklah sama ada melibatkan masalah mental dan sebagainya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati kes berkenaan tidak berpunca daripada perjudian.

@kosmoonline Seorang lelaki tertekan sehingga berbogel di depan keluarganya di Genting Highlands semalam. #beritatiktok #trendingnews #trendingNewsMalayasia ♬ Sad and lonely – MoppySound

Baca Lagi:

[VIDEO] Salah cara kejut sahur, 4 remaja disimbah air

Kisah lelaki melayu yang berjaya menjadi kaya-raya tersenarai dalam malaysia miliki puluhan Helicopter dan Pesawat

Penumpang jerit dan menangis, pesawat Malaysia Airlines Kuala lumpur-Tawau tiba-tiba terjunam!

Leave a Reply

Your email address will not be published.