Tular gaji DJ Radio cecah RM150,000 sebulan, sekali Linda Onn buka mulut buat ramai terkejut. Hangat pula diperkatakan di media sosial kononnya gaji penyampai radio mencecah puluhan ribu sebulan. Ada juga DJ yang dikatakan dibayar sehingga RM150,000. Biar betul?
Penyampai radio terkenal, Linda Onn tampil bersuara selepas seorang netizen mendakwa gaji yang diterimanya ketika berkhidmat di Suria FM sebanyak RM45,000.
Kata Linda, dia tak pernah mendapat gaji sebanyak itu di mana-mana stesen radio meskipun namanya ketika itu gah dan memenangi banyak anugerah.
Penyampai ini secara jujur berkata, gajinya tidak sampai RM10,000. Linda juga meluahkan rasa beruntung jika benar gaji DJ sekarang cecah ratusan ribu ringgit.
Namun, dia sedar kualiti dan pendekatan DJ sekarang berbeza dengan dahulu. Kehendak pendengar dan stesen radio pun dah lain, jadi tak mustahil kalau ada yang dapat gaji sebanyak yang diperkatakan.
Baca Juga:
Bapa kepada 7 orang anak raih pendapatan RM20,000 sebulan, hobi hanya tanam betik
Chin Hin beli 6 bidang tanah di Melaka bernilai RM41.91 juta cash
Anak Melayu sumbat 2 gol untuk Thailand, ini sebab kenapa anak Melayu main untuk Thailand