Tular dakwaan Tengku Mainum dan suami dilarang ke Istana, ini jawapan Istana Kelantan

Tular dakwaan Tengku Mainum dan suami dilarang ke Istana, ini jawapan Istana Kelantan

Tular dakwaan Tengku Mainum dan suami dilarang ke Istana, ini jawapan Istana Kelantan.

Istana Kelantan dengan tegas menyangkal dakwaan sebuah portal yang menyatakan bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan suami dilarang ke istana.

Menurut Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan kenyataan seperti yang disiarkan oleh portal itu adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas.

“Tidak pernah ada larangan seperti yang didakwa dikeluarkan oleh Istana Kelantan.

“Istana Kelantan memandang serius tohmahan berupa fitnah seperti itu dan menyarankan agar pengamal media merujuk kepada Istana terlebih dahulu mengenai kesahihan apa-apa berita sebelum disiarkan bagi mengelak dari mengelirukan masyarakat,” katanya melalui satu kenyataan malam ini.

Tular dakwaan Tengku Mainum dan suami dilarang ke Istana, ini jawapan Istana Kelantan

Pihak Istana juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan sekiranya fitnah tidak berasas itu berlarutan.

Kenyataan Istana Kelantan itu merujuk kepada satu laporan sebuah portal yang bertajuk “Ketua Hakim Negara dan suami diharam pijak kaki di Istana Kelantan”.

Dalam laporan yang dikeluarkan portal itu antara lain memaklumkan sekalipun Ketua Hakim Negera berasal dari Kelantan tetapi Sultan Kelantan tidak mahu bertemu dengannya.

Terdapat sumber mengatakan dua nama disenarai hitam dan diharamkan dari menjejakkan kaki ke Istana Kelantan ialah seorang pemimpin politik yang kini bergelar menteri.

Baca Lagi:

Memalukan ! Kereta kebal ATM rosak tengah jalan punca jalan sesak, ‘belum perang dah rosak’- Netizen

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Hasrat lelaki ingin bernikah dengan janda anak satu berkecai, isteri tunjuk slip gaji baki RM800

CATEGORIES