Tular dakwaan PAS keluar dari PN, akhirnya Tuan Ibrahim buka mulut

Tular dakwaan PAS keluar dari PN, akhirnya Tuan Ibrahim buka mulut

Tular dakwaan PAS keluar dari PN, akhirnya Tuan Ibrahim buka mulut. Pas menafikan dakwaan kononnya parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Spekulasi itu bertiup kencang sejak dua hari lalu susulan ketiadaan pemimpin Pas pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2023 Bersatu sedangkan ‘rakan sekutu’ mereka daripada Gerakan hadir.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, soal itu tidak pernah timbul atau dibincangkan dalam parti setakat ini.

Tular dakwaan PAS keluar dari PN, akhirnya Tuan Ibrahim buka mulut

“Tak ada, tak pernah timbul pun,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai isu itu di Parlimen, di sini pada Isnin.

Tuan Ibrahim menjelaskan, pemimpin parti itu terpaksa hadir ke Mesyuarat Agung Pas di kawasan masing-masing menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi jemputan Bersatu.

“Kami telah dimaklumkan dan ada jemputan, tapi kebetulan Pas kawasan ada mesyuarat agung, sebahagian besar terpaksa merasmikan (Mesyuarat Agung) di kawasan masing-masing.

“Saya sendiri pun merasmikan (mesyuarat) lima kawasan dalam dua hari (Sabtu dan Ahad lalu), saya check dengan kawan-kawan yang lain, kebanyakan ada jemputan (dari Bersatu), kami dah maklumkan kepada kepimpinan Bersatu. Tak ada isu,” jelasnya.

Pas mewakili sebahagian besar gabungan PN dengan 43 kerusi Parlimen dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Baca Lagi:
Tak mampu beli susu formula, wanita terkejut anaknya 16 bulan berat badan 27kg sebab bagi susu pekat manis
Tetamu kenduri letak tisu, kertas dalam sampul surat supaya tidak dilihat datang tangan kosong
Ini senarai harta benda yang tak akan dirampas kalau diisytihar muflis
CATEGORIES