Tuan Guru Haji Hadi Awang kahwin baru? Ini penjelasan sebenar

Tuan Guru Haji Hadi Awang kahwin baru? Ini penjelasan sebenar

Tuan Guru Haji Hadi Awang kahwin baru? Ini penjelasan sebenar.

Banyak berlakunya fitnah di media sosial disebabkan sebahagian netizen yang berkualiti rendah. Pisau di tangan mereka digunakan untuk menikam orang yang mereka benci tanpa keadilan, bukan dimanfaatkan memotong kek untuk dibahagikan secara adil mengikut keperluan.

Media sosial menjadi tempat bergelandangan manusia opportunis, tidak bertanggungjawab, rendah akhlak dan tidak bermoral. Sesiapa sahaja boleh menulis sekehendak hati tanpa pengawasan. Nilai baik buruk ditentukan sendiri.

Tuan Guru Haji Hadi Awang kahwin baru? Ini penjelasan sebenar

24 juta atau 75 peratus daripada 31.8 juta populasi negara yang merupakan pengguna media sosial ini boleh mencorak masyarakat yang berperadaban tinggi sekiranya keberadaan mereka dalam pelantar ini digunakan secara benar dan betul.

Malangnya, medan ini digunakan untuk menyebarkan kebencian, memporak-perandakan hidup sesama insan, dan pembantaian musuh peribadi. Tidak kurang juga sebagai gelanggang oportunis politik mengintai peluang menangguk di air keruh.

Mereka yang naif terpedaya dengan hidangan berbentuk fitnah tanpa faham rentak permainan musuh. Warga maya sebegini mudah terjerat fitnah berbentuk perang saraf di media sosial kerana ketidak upayaan membezakan hantaran yang membina dan kutukan membabi buta tanpa adab susila.

Terkini, sekeping gambar Tuan Guru Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (TGHH) bersama seorang wanita muda berpakaian pengantin serba putih tanpa sebarang penerangan disebarkan di laman Facebook oleh pihak yang sudah dapat diteka niatnya.

Tuan Guru Haji Hadi Awang kahwin baru? Ini penjelasan sebenar

Tanpa tabayyun (usul periksa), netizen naif yang mudah terperangkap dengan ‘clickbait’ beragenda ini terus menyebar luaskan gambar ini dengan persepsi sendiri tanpa sedar telah terlibat dengan fitnah yang besar.

Pelbagai komen yang timbul ekoran sekeping gambar itu sangat menjijikkan dan murahan, jelas mempamerkan sikap netizen bermentaliti rendah.

Bagi mereka yang cekap membaca makna tersirat di sebalik sekeping gambar dan komen-komen tersebut, sudah pasti dapat menduga agenda memburukkan agamawan melalui siri serangan secara berkala. Para asatizah yang bermasalah diviralkan tanpa adab dengan tujuan mewujudkan persepsi semua asatizah tidak boleh menjadi qudwah hasanah.

Budaya generalisasi dan ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar’ ini mengheret golongan agamawan ke dalam kawah cemuhan dan hinaan; menunggu masa untuk dibakar rentung oleh golongan berkepentingan ini.

Pemfitnah ini hanya perlu menyediakan sekeping gambar, penyedia kawah terdiri daripada netizen yang memberi komen dan yang menyalakan apinya ialah warga maya yang menyebarkannya tanpa faham keadaan sebenar.

Berapa kerat sangatlah daripada warga maya ini yang menghubungi pihak TGHH atau menyiasat sumber lain sebelum cetusan persepsi buruk singgah di minda mereka. Ini kerana pihak pemfitnah sangat pantas memanipulasi kes tular di media sosial yang mana kita tahu isu pempengaruh kahwin baharu sedang hangat berlegar di media sosial.

Berapa kerat sangatlah daripada warga maya ini yang menghubungi pihak TGHH atau menyiasat sumber lain sebelum cetusan persepsi buruk singgah di minda mereka. Ini kerana pihak pemfitnah sangat pantas memanipulasi kes tular di media sosial yang mana kita tahu isu pempengaruh kahwin baharu sedang hangat berlegar di media sosial.

Menangguk di air keruh, pemfitnah bersifat iblis yang suka mengadu domba ini terus memuat naik gambar TGHH bersama anak menantunya dengan memotong gambar dua ahli keluarga di tepi.

Gambar yang disebar hanyalah gambar beliau dan pengantin perempuan ini dijadikan bahan untuk membuktikan para agamawan itu pun penuh hawa nafsu dan sukakan wanita muda untuk dijadikan pasangan hidup.

Ditambah pula isu pendakwah selebriti yang juga sedang diperkatakan di akhbar perdana dan media sosial, gambar ini dijadikan pemangkin fitnah kepada agamawan.

Netizen yang dangkal terus membuat kesimpulan – agamawan sudah tidak boleh dijadikan ikutan, mereka sendiri tidak mampu kawal nafsu sendiri! Sedangkan yang terlibat hanya segelintir, warga maya terus membakar bukan setakat kelambu, malah juga rumah hanya kerana seekor nyamuk.

Sudah tiba masanya pihak berwajib mengambil tindakan tegas dalam membanteras pembulian di media sosial yang sangat ganas dan kejam di mana tertuduh dihukum tanpa bicara dan diserang dari pelbagai sudut untuk membunuh karakter.

Amatlah malang kemajuan teknologi yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kemajuan negara digunakan oleh golongan yang bagaikan kera mendapat bunga dan memekarkan budaya ketam dalam raga.

Baca Lagi:

Selangor pertimbang isytihar Darurat Iklim, MB Selangor minta bersiap sedia!

Gambar cikgu cantik jadi perhatian, ramai bapa-bapa mahu kembali ke sekolah jadi anak murid

Tampal logo Halal tapi ada gelatin babi, JAKIM perjelas isu ‘Soft Candy’

CATEGORIES