Trak Mack milik keluarga sultan Johor kemalangan

Trak Mack milik keluarga sultan Johor kemalangan

Trak Mack milik keluarga sultan Johor kemalangan. Sebuah trak Mack milik Kerabat Diraja Johor terbabit kemalangan di Kilometer 18.8 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian jam 6.50 petang itu, sebuah lori dan kereta turut mengalami kerosakan.

Trak Mack milik keluarga sultan Johor kemalangan

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila tayar treler itu pecah secara tiba-tiba ketika ia sedang bergerak dari arah utara menghala ke selatan.
“Tiada kecederaan dilaporkan oleh kesemua mangsa termasuk pemandu treler Mack terbabit yang berusia 39 tahun.
“Kes diklasifikasikan dibawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini tular satu rakaman video pendek yang memaparkan trak Mack yang dipercayai milik Kerabat Diraja Johor terbabit kemalangan.

Baca Lagi:
Orang ramai mula takut ‘drive’ kereta dekat dengan Tesla selepas tengok rakaman video Tesla berlanggar dengan Proton Saga
Netizen terkejut tengok koleksi kereta mewah milik suami Nynaa Harizal, siapa dia ni sebenarnya?
Suami bersekongkol dengan isteri rogol anak tiri berdepan penjara 830 tahun, misteri kehilangan adik Aliah Qistina terungkai
CATEGORIES