Tragedi tanah runtuh: Lelaki korek tanah sampai jumpa bayi tertimbus

Tragedi tanah runtuh: Lelaki korek tanah sampai jumpa bayi tertimbus

Tragedi tanah runtuh: Lelaki korek tanah sampai jumpa bayi tertimbus. “Saya korek tanah dalam sampai jumpa bayi tertimbus,” itu jelas salah seorang mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui Astro AWANI di Balai Polis Ulu Yam pada Jumaat.

Jelas lelaki berusia 30-an itu yang berasal dari Melaka, kejadian berlaku ketika dia bersama dua anaknya dan isteri sedang tidur di dalam khemah di lokasi tanah runtuh.

Tragedi tanah runtuh: Lelaki korek tanah sampai jumpa bayi tertimbus

“Kita tak nampak, kita dalam khemah tengah tidur, sekali bunyi sangat kuat. Nasib saya punya khemah yang akhir sekali, ada sedikit terseliuh di kaki sebab lari.

“Ketika kejadian, kami dengar bunyi sahaja, semua mangsa yang selamat keluar angkat lampu suluh, semua cari mangsa yang tertimbus,” katanya ketika menceritakan detik cemas itu.
Jelas lelaki itu lagi, dia dan rakannya dapat menyelamatkan seorang wanita dan bayinya yang turut tertimbus.

“Tengok berapa lama kita boleh, kita korek tanah, korek tanah sampai kita nampak kepala wanita, kita pun tak tahu dia siapa.
“Nampak wanita itu boleh bernafas, wanita itu kata jangan selamatkan saya, selamatkan bayi saya.
“Kita pun korek sebelah kawasan tu, kita korek selepas itu ternampak seorang bayi, saya dan kawan saya kemudian tarik keluar bayi itu. Nasib baik dapat selamat, ibu dia pun turut serta korek tanah,” katanya lagi.

Tambah lelaki itu, dua anaknya dan isterinya berjaya melarikan diri ketika kejadian dan tiada kecederaan dialami mereka.

Sementara itu, pekerja kebun sayur warga Myanmar yang turut menjadi mangsa, Thawng Uk, 35, berkata dia tersedar dari tidur selepas asrama mereka dirempuh sebahagian runtuhan tanah.

“Tengah tidur, tanah runtuh terkena rumah kami, selepas itu kami lari. Bunyi sangat kuat, dalam rumah ada 13 orang semua pekerja.

“Saya pegang lampu suluh, kami lari di sebelah jalan raya,” katanya ketika ditemui.

Jelas Uk, kawasan perkhemahan terletak kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

“Kita lari, tiada hujan ketika itu tapi bunyi sangat kuat. Di sini ada kebun, ada sungai, rumah kita di sebelah, kita lari di tepi jalan raya.

“Khemah-khemah itu 15 minit dari rumah kami, agak jauh,” ujarnya lagi.

Baca Lagi:
Puteri keempat Nurul Iman dedah makanan kegemaran Datuk Seri Anwar Ibrahim, siap kongsi resipi lagi
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran
CATEGORIES