Tragedi tanah runtuh: Bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa maut, RM1000 mangsa cedera

Tragedi tanah runtuh: Bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa maut, RM1000 mangsa cedera

Tragedi tanah runtuh: Bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa maut, RM1000 mangsa cedera. Kerajaan mengumumkan bantuan wang ihsan RM10,000 untuk setiap mangsa yang maut dalam insiden tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut memberikan RM1,000 kepada setiap mangsa iaitu ketua isi rumah yang tidak membabitkan kematian dalam insiden itu.

“Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menyalurkan peruntukan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) selaku Pengerusi Bencana Negeri (JPBN) Selangor.

“SUK Selangor akan menyalurkan bantuan terus kepada mangsa. Saya percaya bantuan itu akan dapat diselaraskan oleh kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi kejadian, hari ini.

Tragedi tanah runtuh: Bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa maut, RM1000 mangsa cedera

Anwar berkata, beliau akan mengarahkan supaya pegawai akan menguruskan perkara itu esok.

“Tetapi saya lebih bersetuju untuk perkara ini diselaraskan oleh pasukan di bawah kerajaan negeri Selangor dan pegawai di sini dapat mengendalikan dengan lebih baik.

“Bagi pihak kerajaan persekutuan, kita akan dahulukan esok dan Insya-Allah saya serah kepada Menteri Besar (Selangor) untuk uruskan sebaiknya,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat jika terdapat kesalahan manusia dalam tragedi itu, beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan awal daripada pihak berkaitan.

“Ketua Polis Negara, pihak bomba dan semua pasukan akan memberikan laporan dan saya tidak mahu mendahului laporan mereka.

“Biar kita tunggu sekejap, perhatikan laporan dan ambil tindakan sebaik kita meneliti semua laporan itu,” katanya.

Menurutnya, insiden itu adalah satu tragedi dan pelbagai pihak menzahirkan rasa simpati daripada pemimpin negara luar termasuk dari Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

“Saya hanya nak ulangi rasa sedih dan dukacita terhadap tragedi yang menimpa termasuk anak-anak kecil dan ibu.

“Saya juga menghargai semangat besar anggota bomba dan pengorbanan kerana menjalankan bomba tugas dalam keadaan berisiko,” katanya.

Baca Lagi:
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran
Puteri keempat Nurul Iman dedah makanan kegemaran Datuk Seri Anwar Ibrahim, siap kongsi resipi lagi
CATEGORIES