Tragedi RXZ Member 4.0 : Owner kena kunci dalam rumah , motosikal RXZ dilarikan pencuri

Tragedi RXZ Member 4.0 : Owner kena kunci dalam rumah , motosikal RXZ dilarikan pencuri

Tragedi RXZ Member 4.0 : Owner kena kunci dalam rumah , motosikal RXZ dilarikan pencuri.

Dua buah motosikal peserta program RXZ Members 4.0 yang diparkir di sebuah rumah inap di Kampung Pak Tijah di Kuala Nerus lesap dilarikan pencuri dalam kejadian awal pagi, pada Ahad.

Mangsa, Mohamad Adib Md Saleh, 31, yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur berkata, pencuri bertindak licik dengan mengunci pintu rumah inap dari luar dan memotong bahagian tepi pagar rumah berkenaan sebelum melarikan dua buah motosikal.

Katanya, dua motosikal termasuk milik rakannya, Muhamad Nor Hafiz Yahaya, 34, disedari hilang kira-kira jam 6 pagi tadi ketika ingin menunaikan solat subuh.

Tragedi RXZ Member 4.0 : Owner kena kunci dalam rumah , motosikal RXZ dilarikan pencuri

“Awal pagi tadi saya rasa tak sedap hati, saya intai ke luar rumah inap dan perasan motosikal saya sudah hilang. Bila nak buka pintu rumah, ketiga-tiga pintu depan, kiri dan kanan rumah tidak boleh dibuka kerana ia dikunci menggunakan kunci mangga dari luar rumah.

“Mungkin pencuri itu sudah merancang lebih awal, kami seramai sembilan orang terperangkap didalam rumah dan terpaksa menelefon bomba untuk buka kunci itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad

Mohamad Adib berkata, dia bersama rakannya tiba di Terengganu pada awal pagi Jumaat lalu untuk menyertai himpunan RXZ Member 4.0 2022 di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak yang berlangsung pada Sabtu.

Katanya, konvoi mereka sepatutnya bergerak pulang ke Kuala Lumpur pagi Ahad kerana terdapat komitmen kerja yang perlu diselesaikan

“Pada mulanya kami merancang tidak tidur kerana mahu bergerak awal pagi ini. Tetapi disebabkan masing-masing letih dan mengantuk, kami tidur sekitar jam 3 pagi.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pintu pagar homestay ini telah dikunci, tak sangka pula pencuri bertindak memotong bahagian tepi pagar. Pencuri itu turut meninggalkan sepasang selipar yang digunakan, ” katanya.

Baca Lagi:

Kisah bapa durjana culik anak sendiri & hamilkan 7 kali selama 24 tahun

1 Malaysia kena tipu dengan Aliff Syukri, pemuda ini dedah sesuatu

Viral Ifa Raziah bergelek semasa majlis akikah, rupa-rupanya dibayar dengan nilai yang tinggi

CATEGORIES