Tragedi kontena runtuh ketika lawatan ahli politik, 9 maut

Tragedi kontena runtuh ketika lawatan ahli politik, 9 maut

Tragedi kontena runtuh ketika lawatan ahli politik, 9 maut.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan seramai 28 yang lain cedera pada Selasa apabila sebahagian daripada depoh kontena runtuh di Sao Polo, Brazil.

Menurut Bomba, kejadian berlaku di bandar Itapecerica da Serra, di depot milik Multiteiner, sebuah syarikat yang menjual dan memajak kontena kepada perniagaan yang mengeksport barangan.

Tragedi kontena runtuh ketika lawatan ahli politik, 9 maut

Kira-kira 64 pekerja berkumpul di depoh itu apabila platform runtuh, menurut jurucakap bomba Luciana Soares, sambil menambah bahawa pekerja penyelamat sedang berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku ketika dua calon untuk kerusi timbalan, Jones Donizette dan Ely Santos, melawat kemudahan itu dalam satu kempen menjelang pilihan raya 2 Oktober.

Tragedi kontena runtuh ketika lawatan ahli politik, 9 maut

“Ketika mereka mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja, sebahagian daripada struktur konkrit pecah dan mereka terperangkap dalam runtuhan itu,” kata pasukan media calon-calon itu di media sosial.

Baca Lagi:

Jabatan Penjara Malaysia sahkan Najib Razak kini berada di Cheras bukan di penjara Kajang

Dr Erin cabar dedah gambar bogel miliknya, siap dedah sebab 7 kali cerai

Terkini! Mesyuarat kabinet hari ini, tarikh PRU15 bakal diketahui

CATEGORIES