Tragedi hari kedua Ramadan, 4 juruteknik maut dalam nahas empat kenderaan

Tragedi hari kedua Ramadan, 4 juruteknik maut dalam nahas empat kenderaan

Tragedi hari kedua Ramadan, 4 juruteknik maut dalam nahas empat kenderaan.

Empat juruteknik sebuah syarikat penyaman udara maut selepas van dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan lain termasuk bas ekspres di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Ikan di sini hari ini.

Keempat-empat mangsa iaitu Syed Mohd. Shukri Tuan Yahya, 36; Muhammad Saufi Jusoh, 34; Mohd. Sahlan, 37, dan pemandu van yang masih belum dikenal pasti meninggal dunia dalam kemalangan pada pukul 6.22 petang itu.

Pemandu kereta Proton Wira, Muhammad Fazil Hussin, 33, dan seorang lelaki yang merupakan penumpang kereta Proton Persona pula cedera parah.

Tragedi hari kedua Ramadan, 4 juruteknik maut dalam nahas empat kenderaan

Seorang saksi, Syakirah Baharin, 26, berkata, sewaktu kejadian, dia dan 12 penumpang lain sedang menaiki bas ekspres dalam perjalang ke Jertih, Besut dari Temerloh, Pahang.

Katanya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, dia mendakwa ternampak van dinaiki keempat-empat mangsa dari arah Setiu cuba memotong kereta Proton Wira tetapi gagal.

“Van itu kemudiannya telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh bas dinaiki kami.

“Impak kemalangan itu turut melibatkan kereta Proton Wira dan kereta Proton Persona,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa tersepit di dalam van yang remuk teruk.

Beliau berkata, mayat empat juruteknik berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat pada pukul 9.20 malam.

“Dua mangsa yang cedera parah pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Baca lagi: 

Akak jaga ibu saudara OKU terima hadiah Perodua Bezza dari Ebit Lew

Pinjaman Peribadi GOpinjam Touch ‘n Go ‘Jerat’ rakyat jadi muflis undang pertikaian netizen

Tiga anak melayu kini berjaya di UK bisnes Ganja, kalau dekat Malaysia comfirm kena gantung!

CATEGORIES