TPM sahkan Asyraf Wajdi dilantik Pengerusi Mara

TPM sahkan Asyraf Wajdi dilantik Pengerusi Mara

TPM sahkan Asyraf Wajdi dilantik Pengerusi Mara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajun Desa dan Wilayah berkata, beliau sendiri sudah menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi yang dilaksanakan di pejabat kementerian berkenaan pada Jumaat.

“(Asyraf Wajdi) Telah dilantik, bukan desas-desus lagi. Beliau telah dilantik dan saya telah serah watikahkannya pada hari Jumaat yang lalu.
“Sebab itu bukan berita politik, maka ia adalah sahih,” jawabnya ringkas.

TPM sahkan Asyraf Wajdi dilantik Pengerusi Mara

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Bandar Penawar di sini pada Ahad.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) serta Pengurus Besar Kejora, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus.

Ahmad Zahid mengulas berkenaan foto beliau sedang menyampaikan surat pelantikan kepada Asyraf Wajdi yang tular di Twitter.

Ciapan dimuat naik seorang pengguna Twitter pada Sabtu mengundang reaksi tidak senang rakyat yang mempertikaikan pelantikan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu.

Jawatan Pengerusi Mara sebelum ini disandang Datuk Azizah Mohd Dun.

Pada Sabtu, Asyraf Wajdi dilihat memuat naik resume beliau dalam Facebook miliknya dan memaklumkan beliau kini sedang mencari kerja.

Sebelum ini, beliau menarik perhatian apabila tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti pada kali ini.

Baca Lagi:
150 peserta perhimpunan haram ‘LGBT’ di Kompleks Sogo dikesan polis
Tak mampu beli susu formula, wanita terkejut anaknya 16 bulan berat badan 27kg sebab bagi susu pekat manis
Pegawai bank asyik call lepas aku tukar ‘cash cheque’ RM2000, tak sedap hati aku pergi balik bank tiba-tiba semua staff bangun
CATEGORIES