Tolong sedar diri! Ini 4 jenis kereta bayaran bulanan rendah untuk golongan B40. Pada zaman ini, kereta telah menjadi satu keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan mudahnya.
Bagi anda yang sedang membuat kajian untuk membeli kereta, elakkan daripada terlalu terpengaruh dengan keinginan untuk membeli yang mahal-mahal. Ingatlah peribahasa, ‘ukur baju di badan sendiri’.
Nak beli kereta ni jangan hanya tengok bayaran bulanan, kena tengok juga kos maintenance, roadtax, insurans, minyak dan lain-lain. Kalau tak, nanti korang boleh “terciduk”!
Jadi, kami nak kongsikan kereta yang murah, jimat, dan sangat sesuai untuk korang yang baru bekerja, golongan B40 dan seangkatan dengannya, termasuk diri kami. Kah!
Kereta bajet abad ini, Perodua Axia
Tahu tak korang boleh dapatkan Perodua Axia serendah RM25,000 jer dengan spec E atau nama glamour dia Axia Rahmah. Bulanan pun hanya serendah RM296 jer!
Kalau yang paling rendah spesifikasinya! Untuk versi Advance dengan reka bentuk baru, anda masih boleh mendapatkannya dengan harga RM45,000. Walaupun bayaran bulanan jauh berbeza dari versi standard, iaitu RM528, ia masih mampu dimiliki dan menjimatkan minyak!
Kelihatan sporty dan menjimatkan minyak, Perodua Myvi
Nak nampak lebih sporty sedikit? Ada satu model dari Perodua yang dulunya dijulang sebagai Raja tetapi sekarang tidak lagi, iaitu Perodua Myvi. Anda boleh membeli Myvi ini, tetapi ambillah yang versi 1.3 G. Bayaran bulanannya hanya RM591 sahaja!
Untuk spec 1.5 Advance, harga dia agak mahal iaitu RM62,100 dan bayaran bulanan boleh ‘pergi’ lebih dari RM700.
Murah untuk yang berkeluarga, Perodua Bezza
Untuk yang dah berkeluarga tu, ini ada satu model yang telah merampas gelaran King dari Myvi iaitu Perodua Bezza. Paling sesuai masuk dalam list!
Model Bezza ni bermula dengan harga RM36,000 dengan spec 1.0 G dan bayaran bulanan hanya serendah RM423 jer!
Mungkin ada yang terfikir, ‘mampu ke enjin 1.0 dengan saiz badan sebesar itu?’ Jangan risau, walaupun spesifikasi yang tertinggi iaitu Advance hanya berharga RM52,000 dan bayarannya adalah RM610 sebulan. Sangat berbaloi dan tidak hairanlah kalau Bezza ini banyak dilihat di jalan raya!
Kereta keluarga paling ekonomi abad ini, Proton Saga
Mungkin anda merupakan seorang yang dah berkeluarga tapi tak minat dengan jenama Perodua, ini kereta korang, Proton Saga!
Proton Saga versi 1.3 Standard hanya berharga RM41,000 sahaja dan bayaran bulanannya cuma RM494. Kalau versi high spec, 1.3 Premium pula, harganya RM46,200 dan bayaran bulanan sedikit lebih tinggi daripada versi Standard iaitu RM571.
Proton Saga ini lebih murah daripada Perodua Bezza dan Myvi, ruang simpanannya luas, dan pengendaliannya mantap! Nikmat apa lagi yang ingin kau dustakan?
Jadi itulah senarai kereta murah, bajet, dan mampu dimiliki yang tidak akan memeningkan kepala anda di masa akan datang. Kalau ingin lebih menarik, hiaslah kereta anda kelak. Barulah kelihatan berbeza dari yang lain! Walau bagaimanapun, ingatlah! Sentiasa ‘ukur baju di badan sendiri’. Assalamualaikum.