Tolak kerjasama selagi ada ‘3 Jahanam’ yang bermulut jahat dalam PAS

Tolak kerjasama selagi ada ‘3 Jahanam’ yang bermulut jahat dalam PAS

Tolak kerjasama selagi ada ‘3 Jahanam’ yang bermulut jahat dalam PAS. UMNO Kelantan, menegaskan menolak kerjasama dengan PAS selagi terdapat tiga pemimpin parti berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘tiga jahanam’ yang bermulut jahat.

Menurut Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Zawawi Othman, tiga pemimpin PAS berkenaan adalah Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

73DC5CCE E3EF 4ABC A41E 92B4A06EA615

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin Umno tidak pernah mengatakan PAS begitu dan begini, namun sebaliknya pemimpin PAS berkenaan menghina Umno dengan pelbagai nama seperti itik patah kaki.

“Tetapi pemimpin PAS terutama tiga jahanam…maaflah..Presiden PAS, Haji Hadi; Nik Amar, dan juga Sanusi, Menteri Besar Kedah..ini mulut-mulut jahat.

“Jadi, Umno kelantan tidak menolak PAS, tetapi menolak pemimpin-pemimpin PAS yang ada pada hari ini iaitu orang yang saya sebut ini.

“Kalau PAS menolak pemimpin-pemimpin mereka ini, kita boleh terima untuk bersama dengan PAS. Kalau tidak ada Haji Hadi, insya-Allah kita boleh berbincang (untuk bekerjasama) balik, tapi kalau ada dia, biarlah kita dengan kita, dia dengan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai perwakilan Umno Kelantan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini

Sementara itu, Zawawi juga meminta Umno tidak menerima dengan mudah mana-mana wakil bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang ingin menyertai parti itu semula dari Bersatu.

Menurutnya, jika mereka mahu kembali, katanya, letakkan garis akhir (deadline) untuk wakil rakyat terbabit membuat keputusan.

Baca Lagi:

Marah dengan pegawai bank selepas ditegur langgar SOP, jutawan keluarkan semua duit simpanannya

Terlampau taksub dengan motor RXZ, sanggup menyamar jadi anggota polis untuk curi motor

Menteri agama bersuara! Klip video adegan ‘panas’ Zul Ariffin akan ditayang bulan Ramadhan nanti

CATEGORIES