Tol percuma sehingga 2 Januari 2024 di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)

Tol percuma sehingga 2 Januari 2024 di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)

Tol percuma sehingga 2 Januari 2024 di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE). Hari ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengumumkan pembukaan rasmi Seksyen 6 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada 21 November 2023.

Menurut Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, pengecualian pembayaran tol akan diberikan kepada pengguna berkuatkuasa tengah malam ini hingga 2 Januari 2024.

Seksyen 6 WCE itu akan bermula dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa yang akan menghubungkan terus pengguna dari Kapar ke Assam Jawa.

Tol percuma sehingga 2 Januari 2024 di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)

Sehubungan dengan pembukaan ini, ia berkemungkinan menjimatkan masa perjalanan kepada 15 minit sahaja, berbanding 45 minit menggunakan laluan sedia ada.

Malah, ia turut mempunyai sambungan secara terus dengan Lebuhraya LATAR yang menawarkan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna.

Pengguna juga kini boleh melawati destinasi pelancongan dengan lebih mudah seperti contoh Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan, selain merancakkan lagi pertumbuhan sosio-ekonomi komuniti setempat.

Tol percuma sehingga 2 Januari 2024 di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)

Terdahulu, Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan pihak mereka akan mencuba sistem tol tanpa palang ini pada 2024 kelak, sekaligus mengumpulkan pelbagai data untuknya.

Baca Lagi:
Wanita terkejut kereta terbakar tapi botol air jenama ini tetap dalam keadaan baik siap ada ais lagi
“Aku difitnah mak mentua dengan adik ipar lari keluar rumah sebab ikut jantan, padahal sebab mereka senyap-senyap tukar nama kereta aku”
Cium batu nisan satu perbuatan yang sia-sia – UAI
CATEGORIES