Tokoh agama terkenal pukul isteri guna paip PVC

Photo of author

By Joe

Tokoh agama terkenal pukul isteri guna paip PVC. Seorang tokoh agama terkenal dari Surabaya, Jawa Timur, telah menarik perhatian ramai kerana didakwa melakukan penderaan dan keganasan terhadap isterinya, lapor portal Beritasatu.com.

Rakaman yang tersebar luas di media sosial pada Jumaat lalu menunjukkan lelaki dikenali sebagai MH memukul kepala dan menendang perut isterinya, Sherly.

“Sakit, Pa. Maaf Pa, sakit,” jerit Sherly.

Tokoh agama terkenal pukul isteri guna paip PVC

Dia juga mengambil paip PVC dari almari dan terus memukul Sherly. Walaupun menjerit kesakitan, Sherly tetap dipukul tanpa belas kasihan.

Rakaman itu turut menunjukkan seorang lelaki dan wanita, dipercayai anak-anak mereka, cuba menghentikan penderaan tersebut tetapi gagal.

Kes penderaan ini diketahui ramai selepas peguam Sherly, Cak Sholeh, memuat naik video dan kenyataan di platform TikTok.

“Sherly telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga selama bertahun-tahun dan pelakunya adalah suaminya sendiri, seorang pengacara dan tokoh agama,” katanya.

Tambah Cak, siasatan sedang dijalankan.

Baca Lagi:
Cristiano Ronaldo berjaya raih 45 juta ‘subscribers’ Youtube dalam masa 4 hari, ini jumlah pendapatan yang beliau dapat
“Dah sama level dengan Khairul Aming”- Wanita Orang Asli raih jualan RM1 juta dalam masa 1 minggu di TikTok
Ini perbezaan emas 916 dengan emas 999 yang ramai orang tak tahu, patutlah emas 916 jadi kegilaan ramai