TMJ sebut pasal Mbappe

TMJ sebut pasal Mbappe

TMJ sebut pasal Mbappe. Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi penjelasan mengenai isu pemain yang mewakili pasukan kebangsaan ketika ini.

Baginda disebut pada satu hantaran oleh salah seorang peminat mengenai kepulangan pemain bintang pasukan Perancis, Kylian Mbappe ke latihan kelabnya hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Mbappe yang baru sahaja selesai menjalankan tugas tatkala membantu negaranya mara ke pentas final sebelum tumpas kepada Argentina menerusi sepakan penalti.

TMJ sebut pasal Mbappe

Penyokong itu menyatakan persoalan disebabkan sebilangan pemain utama yang beraksi bersama skuad JDT tidak bersama pasukan kebangsaan pada Piala AFF kali ini.

“Pemain bukan mesin. Apa ni PSG Tuanku,” jelas Haris Sarifudin.

TMJ dalam satu kenyataan menjelaskan perbezaan antara situasi pemain tersebut dengan keadaan bola sepak semasa.

“Oh itu Mbappe. Dia bermain separuh pertama musim, selepas itu berehat untuk tugasan kebangsaan bagi pertandingan FIFA.”

“Sekarang selepas habis Piala Dunia, dia sambung bermain separuh kedua musim dan kemudiannya pergi bercuti. Fakta mudah Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

Baca Lagi:
‘Lelaki Asia memang lain dari lain’, gadis Rusia puji cara lelaki Malaysia layan pasangan, siap tunjuk bukti
Dua pekerja maut pasang kabel Telekom bawah tanah
Wanita berjubah rompak kedai emas seorang diri
CATEGORIES