Tips simpan cili api yang ramai tak tahu, 8 bulan pun masih segar lagi

Photo of author

By Joe

Tips simpan cili api yang ramai tak tahu, 8 bulan pun masih segar lagi. Simpan dalam bekas, alas dengan tisu, letak bawang putih ini antara petua simpan cili api yang biasa kita dengar dan buat. Memang menjadi, berminggu-minggu boleh tahan.

Tapi ada lagi satu petua yang boleh membuat stok cili kita bertahan berbulan-bulan. Malah sampai lapan bulan pun elok lagi. Rare sangat petua ini.

Caranya adalah simpan cili dalam botol. Kaedah ini dipraktikkan oleh Puan Haslinda yang diakui beliau memang tahan lama.

Tips simpan cili api yang ramai tak tahu, 8 bulan pun masih segar lagi

Tip simpan cili, 8 bulan pun masih segar

297110684 374685811406443 5496539777014952946 n

“Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar.”

Ujar beliau selain cili besar, cara ini juga boleh digunakan untuk simpan cili api. Ini langkah yang perlu dilakukan untuk simpan cili;

1. Basuh dan tos cili supaya kering.

2. Sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.

3. Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.

4. Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.

Selain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral.

Semoga bermanfaat

Baca Lagi:

“Bila abah dapat hasil sawit banyak, mak tak gembira tapi bertambah sedih, semuanya terbongkar lepas aku jumpa kertas yang ditulis mak tepi tong sampah”
Wanita buat laporan polis tentang pemandu mabuk, tak sangka diperlekeh oleh anggota polis
Bila seorang anak maki mak, ini yang perlu anda tahu