Tips penjagaan bateri yang betul, elak kereta anda berhenti tiba-tiba ditengah jalan

Tips penjagaan bateri yang betul, elak kereta anda berhenti tiba-tiba ditengah jalan

Tips penjagaan bateri yang betul, elak kereta anda berhenti tiba-tiba ditengah jalan.

Jaga bateri kereta secara berkala

BATERI boleh dianggap sebagai nadi yang menggerakkan kereta anda. Justeru, penjagaan bateri perlu dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kereta berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan, sekali gus membantutkan aktiviti harian anda.

Beberapa panduan penjagaan bateri kereta yang dipaparkan boleh membantu anda mengelak kejadian tidak diingini.

Menyambungwayarjumper

– Periksa paras elektolit berkala. Lihat pada bateri kenderaan anda (gunakan lampu suluh jika keadaan tidak jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan anda berada di antara paras maksimum dan minimum sepanjang masa.

– Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum) ataupun melebihi paras maksimum.

– Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.

– Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling dan elakkan daripada menggunakan air galian.

– Periksa ketumpatan bandingan selalu. Cas bateri sekiranya ketumpatan bandingan berada dalam keadaan nyahcas untuk masa yang lama.

– Gunakan jeli petroleum pada tambatan bateri untuk mengelakkan pensulfatan dan periksa sambungan sama ada ketat atau sebaliknya.

– Pastikan palam pengalih udara ketat dan pastikan liang pengalih udara tidak tersumbat.

– Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru.

– Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya. Jika tambatan tidak kuat besar kemungkinan bateri tidak dapat berfungsi.

– Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan.

Baca Lagi:

Tanah bernilai RM2.75 juta dijual dalam senyap! Ini yang terjadi kepada harta peninggalan Tan Sri Jins Samsudin..

5 rentung dalam satu kereta kemalangan babitkan tiga kenderaan

Kecoh! Lelaki ini ‘kantoi’ curi kondom pada hari raya pertama

CATEGORIES