Tingkap rumah selalu basah bau hancing, rupanya jiran sebelah simbah air kencing

Tingkap rumah selalu basah bau hancing, rupanya jiran sebelah simbah air kencing

Tingkap rumah selalu basah bau hancing, rupanya jiran sebelah simbah air kencing. BUAT baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Begitulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk kisah membabitkan seorang pengguna TikTok iaitu @snow_queenz_ tentang ‘fenomena’ pelik di rumahnya.

Kata pemilik akaun itu, tingkap depan rumahnya sering dibasahi cecair asing dan dicemari bau busuk seperti air kencing.

Pada mulanya dia membuat andaian bahawa kemungkinan cecair tersebut merupakan air kencing kucing namun agak tidak logik kerana kesan basah lelehan air terlalu tinggi.

Tingkap rumah selalu basah bau hancing, rupanya jiran sebelah simbah air kencing

“Lepas tu ingatkan ada jin atau syaitan melekat dekat situ.

“Siap tabur garam dan baca (ayat al-Quran) sikit, tapi pelik (bau) masih ada,” katanya menerusi video berkenaan.

Hari demi hari rumah mereka terus dihantui perkara aneh itu hingga menyebabkan dinding rumah semakin rosak.

“Sampai berkulat dinding, sudah berbulan-bulan kita orang basuh… tapi ada balik.

“Mula rasa pelik bau hancing busuk sampai tak boleh duduk dalam bilik,” katanya lagi.

Kerana berasa geram, akhirnya pemilik rumah berkenaan membuat keputusan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapat kepastian tentang situasi yang berlaku.

@snow_queenz_ Perbuatan apakah ini? Mental ke apa? #jiranpuaka #misteri #terbongkar ♬ Mysterious – Andreas Scherren

“Baru-baru ni rasa tak puas hati. Setiap kali kami tiada di rumah perkara ini akan terjadi. Terfikir nak letak kamera untuk rekod apa yang berlaku,” jelasnya.

Alangkah terkejutnya apabila mendapati bahawa kewujudan cecair berbau hancing itu adalah perbuatan khianat jirannya sendiri.

Menerusi rakaman CCTV jelas kelihatan pergerakan tangan dari rumah sebelah menyimbah cecair ke arah tingkap rumahnya.

Berasa tidak selamat dengan kelakuan jirannya itu, dia akhirnya membuat laporan polis dan mendakwa pelaku sudah ditahan polis pada 28 Januari lalu untuk tindakan selanjutnya.

Walaupun masih tertanya-tanya tentang motif kejadian, namun pemilik rumah berkenaan memilih untuk tidak mencampuri urusan siasatan yang dilakukan dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis.

Pelaku dipercayai seorang lelaki dan merupakan jiran sebelah rumahnya serta sudah pun mempunyai keluarga.

Hingga kini video tersebut meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 41,000 tanda suka.

Menerusi perkongsian berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa hairan dengan tindakan individu tersebut serta tertanya-tanya tentang motif untuk bertindak sebegitu.

“Kenapa dia buat macam tu? Apa motif dia? Tindakan tak normal bagi seorang jiran tu.

Tingkap rumah selalu basah bau hancing, rupanya jiran sebelah simbah air kencing

“Jiran awak ada dendam ke sampai buat macam tu? Kenapa dengan dia?,” demikian antara komen netizen.

Ada juga netizen yang memberikan idea supaya membina tembok tinggi yang boleh memisahkan rumah mereka.

“Nanti ada duit lebih, buat tembok tinggi. Tutup terus bahagian tepi tu. Nanti dinding tu boleh letak rak kasut.

“Ubah suai rumah dengan bina tembok tinggi. Ataupun letak pokok kaktus biar dia kena duri waktu simbah tu,” antara komen netizen.

Baca Lagi:
Main pistol dalam rumah tertembak rakan sendiri, anggota polis dipenjara 2 tahun denda RM10,000
Netizen risau tengok Remy Ishak sekarang, makin selekeh selepas kahwin – Ini jawapan tuan badan
Lelaki mewakili 32 juta rakyat Malaysia saman dua bekas PM
CATEGORIES