“TikToker” Ini gesa berbilion pengguna telefon pintar Android mematikan ciri ini dengan segera

"TikToker" Ini gesa berbilion pengguna telefon pintar Android mematikan ciri ini dengan segera

“TikToker” Ini gesa berbilion pengguna telefon pintar Android mematikan ciri ini dengan segera.

Seorang bintang TikTok menerusi akaun @tatechtips telah menggesa pengguna telefon pintar Android supaya menyemak tetapan ciri sambungan WiFi mereka.

Ini kerana dakwa beliau, mematikan Wi-Fi tidak bermaksud Wi-Fi pada peranti anda telah dimatikan sepenuhnya.

“Mematikan Wi-Fi anda, tidak semestinya bermakna anda telah mematikan Wi-Fi anda,” @tatechtips.

Jadi bagi memastikan anda benar-benar telah mematikan sambungan Wi-Fi pada peranti anda adalah anda perlu menyemak dan pastikan tetapan ‘Wi-Fi Scanning’ dalam peranti anda turut dinyah aktifkan.

"TikToker" Ini gesa berbilion pengguna telefon pintar Android mematikan ciri ini dengan segera

@tatechtips menjelaskan,

“…ini bermakna apabila anda telah mematikan WiFi, tetapi anda masih menghidupkan imbasan di mana telefon anda masih sentiasa menghantar permintaan probe untuk sambungan WiFi,”

“Jadi jika anda mahukan tahap privasi tambahan, pastikan anda mematikan pengimbasan WiFi anda juga.”

@tatechtips #techtips #techtok #androidtips #samsungtips #howto ♬ original sound – TA TECH TIPS

Setakat ini, video TikTok beliau itu sudah menerima lebih daripada 84 ribu suka dan sudah dikonggsikan sebanyak 2289 kali setakat artikel ini ditulis.

Akses tetapan bagi mematikan ciri Wi-Fi scanning adalah melalui Settings > Location > Location services > Wi-Fi scanning.

Atau cara lebih mudah adalah dengan membuat carian Wi-Fi scanning di dalam Settings telefon pintar Android anda.

Sebagai makluman, Wi-Fi scanning bukanlah ciri bagi mencari rangkaian semata-mata. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada perkhidmatan lokasi pada telefon pintar anda.

Bermaksud ia akan mengimbas rangkaian untuk mendapatkan lebih info tentang lokasi semasa anda berada pada bila-bila masa.

Baca Lagi:

“Lebih baik bunuh saya” kata Rosmah sejurus dijatuhkan hukuman

Rosmah Mansor berhati syaitan!, Fazley Yaakod dan isteri dedah perbuatan terkutuk buat ramai netizen terkejut!

Pekerja Coway dirogol ketika servis penapis udara rumah pelanggan

Leave a Reply

Your email address will not be published.