Tiket percuma lawat Menara Berkembar Petronas untuk warga Malaysia yang lahir bulan Ogos, ini caranya

Photo of author

By Joe

Tiket percuma lawat Menara Berkembar Petronas untuk warga Malaysia yang lahir bulan Ogos, ini caranya. Sempena ulang tahun ke-49 Petronas, warga Malaysia yang lahir pada bulan Ogos berpeluang mendapatkan tiket percuma untuk melawat Menara Berkembar Petronas.

Menurut status yang dimuat naik di laman Facebook Menara Berkembar Petronas, tawaran itu terhad satu tiket sahaja bagi setiap individu dengan syarat mereka perlu hadir ke kaunter informasi di menara berkenaan dan menunjukkan MyKad atau MyKid untuk menebus tiket.

Tiket percuma lawat Menara Berkembar Petronas untuk warga Malaysia yang lahir bulan Ogos, ini caranya

Individu yang layak boleh menentukan cadangan tarikh dan masa lawatan kepada staf bertugas namun bergantung kepada kekosongan waktu yang dipilh dengan konsep first come first served.

Tiket itu membolehkan individu yang layak berkunjung ke Sky Bridge dan Obervation Deck di menara berkenaan.

Tawaran istimewa itu hanya terhad hingga 31 Ogos ini.

Baca Lagi:
Wajah MB Kedah Sanusi ketika muda, tapi ramai yang tak percaya
Rupanya artis ini pura-pura jadi orang kaya, hutang juta-juta keliling pinggang, rumah bernilai jutaan ringgit dah kena lelong
Baru tahu larangan pegang Kaabah ketika tawaf, 8 tahun umrah ‘tergantung’, individu terkilan pernikahan 3 anaknya disahkan tidak sah