Tiket bas habis, pelajar nekad jalan kaki balik ke Kelantan untuk mengundi…akhirnya ini yang terjadi

Tiket bas habis, pelajar nekad jalan kaki balik ke Kelantan untuk mengundi…akhirnya ini yang terjadi

Tiket bas habis, pelajar nekad jalan kaki balik ke Kelantan untuk mengundi…akhirnya ini yang terjadi. Gara-gara tiket bas habis, seorang pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas yang bersemangat waja nekad untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan dengan berjalan kaki, demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Sabtu ini, lapor Awani.

Difahamkan, Muhammad Haikal Noor Azmin yang berusia 18 tahun itu merupakan pengundi muda yang mengundi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Bagaimanapun hasrat Muhammad Haikal untuk pulang ke rumah akhirnya tercapai selepas tiba di kampungnya hari ini dengan bantuan daripada Pengurusan Kolej Komuniti Kepala Batas.

Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts Jasni Mohd Yusof berkata pihaknya membantu Haikal selepas salah seorang pensyarah terserempak dengannya, yang sedang memulakan perjalanan dengan membawa beg pakaian seorang diri sekitar 7 malam pada Rabu.

Tiket bas habis, pelajar nekad jalan kaki balik ke Kelantan untuk mengundi...akhirnya ini yang terjadi

Muhammad Haikal yang kurang sempurna dari segi pergerakan dan pertuturan itu dibantu oleh pihak kolej selepas dia menerangkan mengenai situasinya yang mahu berjalan kaki ke Kelantan.

“Kita jumpa dia sedang berjalan kaki dan dalam keadaan letih… bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar itu terjamin, Kolej Komuniti Kepala Batas mengambil inisiatif menghantar pulang Muhammad Haikal ke Kelantan bagi tujuan mengundi dengan menggunakan kenderaan jabatan hari ini.
“Sumbangan telah dibuat oleh semua kakitangan Kolej Komuniti Kepala Batas bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, dia yang juga merupakan seorang pelajar bidang Sijil Animasi 2D meluahkan rasa terharu apabila pihak kolej menghulurkan bantuan dengan menghantarnya pulang ke kampung.

Katanya, bantuan yang diberi turut dapat meringankan beban keluarganya selepas dia kehilangan ayah sejak berusia 11 tahun lagi.

Baca Lagi:
MH17: 2 warga Rusia, 1 warga Ukraine didapati bersalah tembak jatuh pesawat
Lelaki tular ‘hidup semula’ dalam keranda rupa-rupanya pura-pura mati mahu lari dari hutang
Tak payah tunggu Perikatan Nasional menang, ini cara mudah nak keluarkan duit KWSP dengan mudah
CATEGORIES