Tiga bulan tiada job, begini keadaan terkini Johan As’ari

Tiga bulan tiada job, begini keadaan terkini Johan As’ari

Tiga bulan tiada job, begini keadaan terkini Johan As’ari. “Saya tak menghilang ke mana-mana pun. Cuma memang sebelum ini dah tiga bulan saya tiada kerja dan tawaran berlakon.

“Jadi saya terfikir untuk cuba nasib sertai TikTok. Dua minggu saya buat siaran langsung di medium ini, tak sangka boleh menjana pendapatan daripada situ.”

Demikian kata pelakon, Johan As’ari berkenaan bidang yang baharu diceburinya itu.

Menurutnya, daripada asalnya sekadar suka-suka, dia kini semakin serius mahu bergelar tiktokers kerana boleh meraih pendapatan lumayan setiap bulan.

Tiga bulan tiada job, begini keadaan terkini Johan As'ari

Johan, 37, atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari berkata, kesungguhannya mengadakan sesi ‘live’ (secara langsung) setiap kali bersiaran di aplikasi terbabit meletakkan namanya kini tersenarai di antara 50 tiktokers terbaik Malaysia.

“Saya tak ada niat pun cari duit dekat TikTok, hanya nak isi masa lapang disebabkan tidak mempunyai sebarang penggambaran drama.

“Saya hanya bersembang dengan peminat dan tak sangka, hari pertama bermain TikTok saya menerima banyak hadiah daripada mereka yang bermurah hati.

“Malah, kalau ikut ranking, saya kini berada di kedudukan 46 terbaik di Malaysia,” katanya.

johan b 1676005001 e1676173845327

Pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini turut memaklumkan, pada permulaannya dia tidak mempunyai peralatan yang lengkap untuk proses ini.

“Saya hanya menggunakan bekas botol kurma sebagai tripod untuk mengadakan sesi siaran langsung bersama peminat.

“Topik yang dikongsikan juga adalah bersifat ‘random’ dan bersahaja. Saya cuma ada satu telefon bimbit, pemegang telefon pun tak ada. Saya sandarkan telefon pada bekas kurma sahaja.

“Setiap hari pun saya akan berborak pasal benda yang sama sahaja, fasal kehidupan seharian. Saya rasa mungkin itu lebih menarik perhatian mereka kerana saya lebih spontan,” katanya ditemui pada pelancaran Pejabat Urusan KamiSempoi International Agency (KSIA) cawangan Kuala Lumpur di Quill City Mall baru-baru ini.

KSIA adalah sebuah agensi di bawah TikTok Malaysia yang mengumpulkan ramai selebriti dibawahnya antaranya Datuk Seri Eizlan Yusof, Riezman Khuzaimi, Zed Zaidi, Dazrin Kamarudin, Nita Hamzah dan ramai lagi.

Baca Lagi:
Berzina dan sebar gambar bogel, lelaki disebat 100 kali penjara 42 bulan
Berita baik buat golongan B40
Penyanyi fail cerai selepas suami kantoi rembat duit rawatan hamil untuk judi online
CATEGORIES