Tiga anggota LTTE dari Selangor akan datang bunuh saya, mereka tahu alamat rumah saya – Ayob Khan

Tiga anggota LTTE dari Selangor akan datang bunuh saya, mereka tahu alamat rumah saya – Ayob Khan

Tiga anggota LTTE dari Selangor akan datang bunuh saya, mereka tahu alamat rumah saya – Ayob Khan

Polis Johor akan bekerjasama dengan Polis Selangor untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti tiga individu yang di dakwa anggota Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang mahu membunvh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ugutan itu diterima Ayob Khan dua minggu lalu menerusi satu panggilan telefon oleh orang awam kepada pegawainya.

Menurutnya, dari maklumat yang diterima ugutan itu dilakukan oleh tiga anggota LTTE warga tempatan yang berada di Selangor.

” Saya menerima ugutan dua minggu lalu oleh seorang lelaki yang menghubungi pembantu peribadi saya, mendakwa tiga anggota LTTE dari Selangor akan datang membunvh saya.

Mereka tahu alamat rumah

” Dia memberikan maklumat mengenai saya dan tahu alamat rumah saya,” ujarnya.

Difahamkan panggilan telefon itu mengatakan ada tiga orang anggota LTTE dari Selangor akan datang ke Johor untuk membunvh Ayob.

Maklumat itu diberikan secara terperinci tiga anggota LTTE terbabit berserta alamat rumah mereka.

” Kita tengah buat siasatan dan siasatan sedang dijalankan. Kita juga meminta bantuan daripada Polis Selangor berhubung isu ugutan bunvh ini.

” Isu ugutan bukan isu baru bagi saya tetapi saya tidak akan ambil ringan sebarang isu ugutan sama ada kepada saya secara peribadi atau pegawai saya.

” Kita akan jalankan siasatan terperinci untuk kenalpasti suspek,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Tiga anggota LTTE dari Selangor akan datang bunuh saya, mereka tahu alamat rumah saya - Ayob Khan

Menurut Ayob Khan, motif ugutan bunvh tidak dapat dipastikan setakat ini.

Katanya, sejak menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada Februari lalu, dia sudah tidak terbabit dalam isu keganasan.

” Saya tidak pasti berkaitan apa isu ugutan itu kerana saya sudah meninggalkan tugas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman sejak menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada Februari lalu.

” Saya tidak buat isu keganasan selepas itu, saya tidak pasti mengapa, adakah mungkin kerana LTTE akan dikeluarkan dari senarai pengganas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), itu juga tidak dapat dipastikan. Mungkin ada pihak tertentu cuba memanaskan kembali isu ini,” katanya.

Ayob Khan bagaimanapun menyifatkan ugutan tersebut sebagai perkara lumrah bekerja sebagai anggota polis, malah keluarganya juga sudah faham dengan tugas serta tanggungjawabnya.

” Saya sedia maklum tanggungjawab sebagai anggota polis. Memang saya nampak tenang dan relaks tapi sebenarnya saya sentiasa mengambil langkah berhati-hati.

” Selebihnya saya serah kepada ALLAH. Hidup m4ti kita Dia yang tentukan,” katanya yang mula bertugas sebagai Ketua Polis Johor pada 24 Februari lalu.

Baca Lagi:

Gempar !!! Facebook mendiang Tangmo tiba-tiba aktif, mula dedah kisah sebenar terjadi pada dirinya

Anda boleh kena saman jika menternak ayam dirumah sendiri

5 punca utama kenapa Elon Musk pilih Indonesia bukan Malaysia untuk melabur

CATEGORIES