Tiga ADUN dijangka keluar Bersatu, sertai UMNO hari ini

POSTER PRN JOHOR

PETALING JAYA: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka membuat pengumuman bahawa mereka akan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai UMNO.

Difahamkan, mereka adalah ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang, ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib.

Sebelum ini, Mazlan bertanding di bawah tiket Bersatu dan menang dengan majoriti 24,959 undi di Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Rosleli pula bertanding di bawah tiket UMNO dan menang dengan majoriti 5,807 undi di Johor Lama dalam PRU 14 tetapi menyertai Bersatu selepas PRU-14 manakala Alwiyah bertanding di bawah tiket UMNO dan menang dengan majoriti 3,080 undi di Endau dalam PRU-14 tetapi menyertai Bersatu selepas PRU-14.

Dalam PRU-14, Bersatu bertanding 18 kerusi di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH) dan meraih 11 kerusi, manakala UMNO bertanding 35 kerusi di bawah gabungan Barisan Nasional (BN), meraih 14 kerusi. – UM

Leave a Reply

Your email address will not be published.