Tidur nyenyak bantu elak daripada menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk

Tidur nyenyak bantu elak daripada menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk

Tidur nyenyak bantu elak daripada menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk.

Satu kajian mendedahkan bahawa tidur yang nyenyak mungkin bermanfaat dalam membantu manusia daripada menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Kajian tersebut dijalankan di Institut Politeknik Rensselaer, Sains Biologi di bandar Troy, New York.

Penyelidik melihat bagaimana otak manusia membersihkan protein berbahaya yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer.

Tidur nyenyak bantu elak daripada menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk

Penemuan tersebut memberikan penjelasan mengenai perkaitan antara penyakit Alzheimer dan gangguan tidur yang dialami seseorang individu.

Selain itu, kajian tersebut turut mencadangkan bahawa tidur yang baik adalah penting dalam mencegah protein amyloid-beta 42 (AB42) daripada membentuk rumpun yang merosakkan di otak manusia.

Tidur juga boleh menjadi asas terapi untuk menghalang penyakit Alzheimer. Semasa manusia tidur dengan nyenyak, protein berbahaya tersebuti boleh dikeluarkan dari otak.

Kebarangkalian untuk mengidap Alzheimer juga akan berkurang dan gejala diramalkan menjadi kurang teruk.

Penyakit Alzheimer dikaitkan dengan gangguan pada ritma sirkadian iaitu ritma yang terlibat dengan perubahan fizikal, mental dan tingkah laku manusia mengikut kitaran 24 jam.

“Aturan ritma sirkadian sel imun memainkan peranan dalam hubungan antara kitaran sirkadian dan penyakit Alzheimer.

“Ini menunjukkan corak tidur yang sihat adalah penting untuk mengurangkan beberapa gejala penyakit Alzheimer,” jelas seorang pakar irama sirkadian di Institut Politeknik Rensselaer, Profesor Jennifer Hurley.

Baca lagi: 

Kuala Lumpur banjir lagi

Ayob Khan sahkan pegawai polis wanita buat ‘live’ TikTok daripada narkotik

Guru agama cabul 12 pelajar lelaki, umpan ajak mandi kolam air panas

CATEGORIES