Tidak tepati janji, penduduk marah ikat datuk bandar di pokok

Tidak tepati janji, penduduk marah ikat datuk bandar di pokok

Tidak tepati janji, penduduk marah ikat datuk bandar di pokok. Seorang datuk bandar di Chiapas, sebuah negeri yang terletak di Selatan Mexico diikat pada sebatang pokok oleh penduduk yang marah dengan hasil kerjanya yang teruk dan tidak menepati janji.

Media tempatan melaporkan, Oscar Ramirez Aguilar sebelum itu sedang membentangkan satu siri projek awam yang telah dijanjikan kepada penduduk di bandar Frontera Comalapa pada hari Isnin.

Wakil-wakil daripada 11 komuniti di bandar berkenaan berdepan dengan Ramirez dan mengajukan soalan berhubung sistem perkhidmatan air negeri itu yang teruk sebelum mengikatnya pada sebatang pokok tanpa kerelaannya.

Tidak tepati janji, penduduk marah ikat datuk bandar di pokok

Gambar-gambar yang diambil ketika kejadian itu turut dikongsi menerusi media sosial, menyaksikan orang ramai sedang mengambil gambar Ramirez yang mengenakan topeng muka sambil tangannya diikat ke belakang pada sebatang pokok.

Salah seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang ahli persatuan penduduk kedengaran dalam video tersebut mengecam keadaan perkhimatan tangki air yang diterima mereka.

Seorang pemimpin masyarakat dilihat turun ke dalam tangki dan menyapu permukaan dinding tangki berkenaan yang diliputi oleh simen bagi mengelakkan air daripada bocor.

“Dia telah berjanji kepada kita akan bekerja dengan baik untuk Rakyat Comalapa, tapi sungguh memalukan sistem bekalan air tidak berfungsi dengan baik,” kata salah seorang penduduk tempatan.

“Ini merupakan masalah yang lama berlarutan yang mesti diselesaikan dengan baik dan mesti diberikan keutamaan, kerana dia datang berjumpa Kami di rumah kami menabur janji, dan kini dia tak mahu tunaikan,”

Salah seorang penduduk mengakui bahawa kawasan kejiranan itu yang terletak di pinggir bandar Frontera Comalapa sudah seminggu tidak menerima bekalan air.

“Ini tidak adil kepada kami, air adalah keperluan asas yang kita semua perlukan untuk kelangsungan hidup, makan, dan mandi,” kata penduduk tersebut.

Pada keesokan harinya, Ramirez muncul di media sosial pada hari Selasa cuba untuk menafikan bahawa dia telah diikat pada sebatang pokok dalam insiden tersebut.

Namun banyak bukti-bukti video dan gambar yang menunjukkan memang dia telah diikat oleh penduduk pada sebatang pokok.

“Mereka tidak ikat saya,” dakwanya. “Perjumpaan itu bersama dengan 11 wakil-wakil kejiranan kerusi perbandaran Comalapa bagi mencapai persetujuan tentang butiran sebuah projek berimpak tinggi, menyediakan air minuman,” katanya.

CATEGORIES