Tidak Rasmi: Calon BN, Mohd Johari Hussain menang kerusi DUN Tioman

Tidak Rasmi: Calon BN, Mohd Johari Hussain menang kerusi DUN Tioman

Tidak Rasmi: Calon BN, Mohd Johari Hussain menang kerusi DUN Tioman. Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Johari Hussain menang kerusi DUN Tioman.

Keputusan itu menyaksikan Johari yang juga penyandang tiga penggal mempertahankan kerusi berkenaan sekaligus mengekalkan status quo BN di DUN berkenaan.

Setakat jam 4 petang SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi DUN Tioman adalah sebanyak 54%.

Tidak Rasmi: Calon BN, Mohd Johari Hussain menang kerusi DUN Tioman

Kerusi DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang calon Bebas.

Calon wanita tunggal Nor Idayu Hashim yang mewakili PN dicabar oleh calon BN yang juga penyandang kerusi itu, selain Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga pengundi tidak hadir luar negara.

Baca Lagi:
Lelaki paling berbahaya telan pedang dalam pertunjukan cedera parah
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
CATEGORIES