Tidak puas hati dengan belanjawan negara, ahli Parlimen bertumbuk hingga masuk hospital

Photo of author

By Joe

Tidak puas hati dengan belanjawan negara, ahli Parlimen bertumbuk hingga masuk hospital. Seorang ahli Parlimen Tukiye dimasukkan ke hospital selepas bertumbuk dalam Parlimen pada Selasa.

Ahli Parlimen Trabzon, Huseyin Ors dilaporkan ditumbuk di kepala dan sedang dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).

“Kami mendapati keadaannya semakin merosot selepas hentakan di kepala dan mujurlah jantung bergegup stabil di hospital,” kata ahli Parlimen dari Parti Ors Lyi, Aylin Cesur.

Rakaman televisyen menunjukkan puluhan wakil rakyat dari parti pemerintah Presiden Recep Tayyip Erdogan bertelagah dengan pembangkang semasa perbahasan mengenai belanjawan tahun depan.

Tidak puas hati dengan belanjawan negara, ahli Parlimen bertumbuk hingga masuk hospital

Agensi berita DHA berkata, Huseyin mengalami masalah jantung dan diletakkan di bawah pengawasan kecemasan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ini adalah hari memalukan Parlimen Turkiye dan mereka yang melakukan serangan itu,” kata jurucakap Parti Iyi, Kursat Zorlu.

Baca Lagi:
Annuar Musa ‘tutup mulut’ isu duit berjuta dalam bilik tidur Muhyiddin
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
Tular gambar Tok Mat jumpa pemimpin kanan PN cetus tanda tanya