Tidak mendapat restu ibu, ini jawapan Nik Omar

Tidak mendapat restu ibu, ini jawapan Nik Omar

Tidak mendapat restu ibu, ini jawapan Nik Omar. Nik Omar Nik Abdul Aziz tidak mahu mengulas isu keluarga kepada media susulan laporan tindakannya bertanding atas tiket PKR di Parlimen Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak mendapat restu ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, perkara tersebut merupakan isu keluarga dan beliau boleh menguruskannya tanpa melalui media.

“Isu ini sebenarnya mula timbul pada 2018 lagi. Saya secara peribadi tak mahu ulas isu keluarga kepada media. Saya sudah ulas sejak 2018 lagi.
“Tentang isu keluarga, insya-Allah saya boleh urus, saya hormat media tapi tak perlu selesai masalah ini melalui media,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak mendapat restu ibu, ini jawapan Nik Omar

Nik Omar percaya isu itu ditimbulkan parti lawan dan ini jelas tidak memperlihat akhlak dan etika Islam yang menjadi asas perjuangan parti tersebut.

Katanya, perkara sedemikian tidak sepatutnya dilakukan oleh parti yang berimej Islam.

“Cukup-cukuplah menggunakan isu keluarga dan peribadi dalam berkempen. Kerjasama Pas dengan UMNO tidak pernah direstui oleh ayahanda saya tuan guru. Sokongan dan sikap ayahanda saya Tuan Guru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus saya perjuangkan.
“Saya mungkin berselisih pandangan (dengan keluarga) tapi bukan dalam isu akidah, bukan isu iman tapi berselisih pandangan mengenai pemimpin mana yang lebih layak untuk mengepalai Malaysia pentadbir negara.

Tidak mendapat restu ibu, ini jawapan Nik Omar

“Kita berbeza dari segi pendekatan dalam politik tapi tidak sampai kita perlu memutuskan hubungan silaturahim, tidak sampai mengkufurkan sesama Islam, ini ditegah dalam Islam.
“Bahkan kita akan mendapat laknat daripada Allah kalau kita termasuk individu atau kelompok yang mengkufurkan sesama Islam hanya kerana berbeza dari sudut pendekatan politik, itu pegangan saya,” katanya.

Nik Omar mengulas laporan tindakan beliau bertanding atas tiket PKR di Parlimen Pasir Salak pada PRU15 tidak mendapat restu dari ibunya.

Tuan Sabariah menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh Facebook Pas semalam menegaskan beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket bulan.

“Al-Marhum Tuan Guru dan saya telah mendidik anak-anak kami semenjak dari kecil lagi agar kekal Istiqamah dengan perjuangan Islam bersama Pas,” katanya.

Nik Omar berdepan tentangan dari Zairol Hizam Zakaria (GTA), Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional) dan Khairul Azwan Harun (Barisan Nasional) di Parlimen Pasir Salak.

PRU14 lalu, Nik Omar bertanding atas tiket PKR di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi kerusi Chempaka.

Calon Pas Ahmad Fathan Mahmood menang dengan majoriti 3,474 menewaskan Nik Omar (PKR) dan Mohamad Fareez Noor Amran (BN).

Ahmad Fathan memperoleh undian (10,549 undi), Mohamad Fareez (7,075 undi) dan Nik Omar (2,418 undi).

Baca Lagi:
Bapa letak bayi di lantai pam minyak ketika tuang minyak undang perbagai reaksi netizen
Siapa paling popular di TikTok? Majoriti pilih PH
PRU15: Anda tak perlukan Kad Pengenalan pun untuk mengundi, ini caranya
CATEGORIES