Tiba-tiba jadi wanita terkaya di Indonesia

Photo of author

By Joe

Tiba-tiba jadi wanita terkaya di Indonesia. Dewi Kam menjadi satu-satunya wanita yang tersenarai dalam 10 individu terkaya di Indonesia menurut Indeks Bilionair Forbes.

Dalam senarai itu, Dewi berada di tempat ke-10 dengan nilai kekayaan sebanyak 56.62 trilion rupiah (RM16 bilion).

Lapor Kompas.com, nama Dewi sudah pun masuk dalam senarai 50 individu terkaya Indonesia sejak Disember 2022.

Tiba-tiba jadi wanita terkaya di Indonesia

Pada tahun tersebut, Dewi berada di tempat ke-21 dengan nilai kekayaan sebanyak 31.2 trilion rupiah (RM9.6 bilion).

Meskipun disifatkan sebagai ‘pendatang baharu’ dalam senarai 10 individu terkaya Indonesia, Dewi mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan.

Menurut Forbes, Dewi memperoleh sebahagian besar kekayaannya daripada saham dalam syarikat perlombongan arang batu, Bayan Resources di Indonesia.

Wanita itu dilaporkan mempunyai kira-kira 10 peratus saham dalam syarikat tersebut.

Selain itu, Dewi juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan berkaitan loji kuasa di Desa Punagaya di Sulawesi Selatan.

Beliau turut menjadi pemegang saham beberapa syarikat antarabangsa termasuk Birken Universal Corporation di British Virgin Islands dan Overseas Finance Ltd di Samoa.

Baca Lagi:
90% pengguna kereta yang tak tahu 5 trik penutup di tangki minyak
Ramai sebak lihat rider Grab merayu minta pelanggan ‘cancel order’ sebab motorsikal ditarik masa nak hantar makanan
Lelaki ini buktikan boleh turun berat badan dengan hanya makan McDonald’s selama 100 hari