Tiada lagi WhatsApp di telefon mulai 1 Januari

Tiada lagi WhatsApp di telefon mulai 1 Januari

Tiada lagi WhatsApp di telefon mulai 1 Januari. Perkhidmatan aplikasi pesanan popular, WhatsApp akan berhenti berfungsi pada jutaan telefon pintar versi ‘lama’ bermula tahun depan.

Lapor Daily Mail mereka yang mempunyai model iPhone dan Android yang lebih lama tidak lagi boleh menggunakan aplikasi itu selepas 31 Disember tanpa mendapat kemaskini.

WhatsApp akan berhenti berfungsi pada 49 jenama telefon termasuk iPhone 5 atau 5c bersama beberapa model Huawei, LG dan Samsung.

Tiada lagi WhatsApp di telefon mulai 1 Januari

Walau bagaimanapun, pengguna telefon tersebut akan menerima amaran oleh WhatsApp sebelum ia berhenti berfungsi.

“Peranti dan perisian sering berubah, jadi kami kerap menyemak sistem pengendalian yang kami sokong dan membuat kemas kini. Peranti ini juga mungkin tidak mempunyai kemas kini keselamatan terkini atau mungkin tidak mempunyai fungsi yang diperlukan untuk menjalankan WhatsApp.
“Untuk memilih menghentikan sokongan setiap tahun, kami seperti syarikat teknologi lain, melihat peranti dan perisian mana yang tertua dan mempunyai bilangan pengguna paling sedikit yang masih menggunakannya,” jelas kenyataan aplikasi itu.

Pengguna boleh mengemas kini sistem pengendalian mereka pada telefon pintar jenis iPhone atau peranti lain dengan memasuki ‘tetapan umum’ dan memilih ‘kemaskini perisian’.

Jika peranti pengguna tidak dapat menjalankan perisian yang sudah dikemas kini, bermakna mereka perlu menukar telefon pintar kepada versi yang lebih terkini untuk terus menikmati perkhidmatan sistem pesanan WhatsApp.

Baca Lagi:
“Patut la alas meja rumah hilang”, netizen sindir pasal baju Eyka Farhana pakai
Zahid Hamidi dibebaskan mahkamah
Pernah bergelar isteri Azri Iskandar, lepas cerai, tak sangka begini kehidupan Ellie Suriaty
CATEGORIES