Tiada air nak mandikan jenazah nenek, cucu terpaksa panggil bomba

Tiada air nak mandikan jenazah nenek, cucu terpaksa panggil bomba

Tiada air nak mandikan jenazah nenek, cucu terpaksa panggil bomba. Keluarga kepada seorang warga emas yang meninggal dunia di Kampung Paloh, Palekbang di sini terpaksa menghubungi bomba berikutan masalah gangguan bekalan air yang menyukarkan urusan memandikan jenazah.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Mohd Azwan Arif Ab Majid berkata, bomba menerima panggilan pada jam 8.03 pagi daripada cucu Allahyarham Limah Yamat, 80, untuk bantuan berkenaan.

Menurut beliau, bomba dimaklumkan warga emas itu meninggal dunia pada jam 6.45 petang Khamis akibat sakit tua dan kediaman mereka tidak mempunyai bekalan air.

Tiada air nak mandikan jenazah nenek, cucu terpaksa panggil bomba

“Kami bergegas ke lokasi dengan mengisi 1,500 gelen air dalam tangki untuk proses memandikan jenazah,” katanya pada Jumaat.

Sementara itu, cucu Allahyarham Limah, Mohd Zikri Azemi, 30-an memberitahu, mereka menerima notis gangguan bekalan air pada Khamis.

“Dalam notis sama dimaklumkan bekalan dijangka pulih pada 6 pagi Jumaat tetapi sehingga kini belum pulih,” katanya.

Mohd Zikri bersyukur kerana proses memandikan jenazah arwah neneknya selesai dan air yang dibekalkan bomba boleh digunakan penduduk untuk solat jenazah.

Gangguan bekalan air dikatakan susulan kerja-kerja penyelenggaraan panel elektrik di Loji Rawatan Air Wakaf Bharu yang bermula malam Jumaat dan menjejaskan 13,747 akaun.

Difahamkan sehingga jam 4 petang Jumaat, gangguan bekalan air di kawasan itu belum pulih.

Baca Lagi:
Selepas dikritik, Datuk Syafinaz muat naik video dengan penampilan terbaru, kali ini ramai yang mendoakannya
Lelaki setuju hantaran RM22,222.22, selepas selesai akad nikah lelaki ceraikan isteri talak 3 depan orang ramai
Helikopter tentera terhempas, tiada mangsa dilapor selamat
CATEGORIES