Tiada ahli parlimen BN yang menyokong Muhyiddin sebagai PM-10

Tiada ahli parlimen BN yang menyokong Muhyiddin sebagai PM-10

Tiada ahli parlimen BN yang menyokong Muhyiddin sebagai PM-10. Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen BN yang memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam kenyataannya berkata, pemakluman mengenai perkara itu juga telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
“Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara,” katanya.

Tiada ahli parlimen BN yang menyokong Muhyiddin sebagai PM-10

Katanya lagi, dengan pendirian dan keputusan yang dicapai kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang.

Baca Lagi:
Terkini: Anwar dititah menghadap Agong jam 4 petang
“Biar saya tengok siapa ada majoriti dahulu” – Yang di-Pertuan Agong
Kerajaan minoriti: Agong akan lantik PM dari parti majoriti tertinggi?
CATEGORIES