Tersalah letak atau hilang barang “bacalah ayat ini”, Insyaallah dengan izin Allah

Tersalah letak atau hilang barang “bacalah ayat ini”, Insyaallah dengan izin Allah

Tersalah letak atau hilang barang “bacalah ayat ini”, Insyaallah dengan izin Allah. Kehilangan barang berharga tentunya merisaukan. Entah hilang kerana lupa atau mungkin hilang kerana dicuri. Mungkin barang itu adalah sesuatu yang sangat berharga seperti perhiasan emas berlian, motor, atau wang.

Segala cara dan usaha pasti akan dicuba untuk menemukan atau mengembalikan barang yang hilang yang mungkin dicuri itu.

Sayangnya ada yang pergi ke dukun untuk mengembalikan barang yang hilang tersebut. Padahal ada Allah SWT tempat kita mengadukan permasalahan kita. Allah maha kuasa untuk mengembalikan sesuatu yang hilang.

Tersalah letak atau hilang barang “bacalah ayat ini”, Insyaallah dengan izin Allah

Jadi untuk mendapat balik barang yang telah dicuri atau tersalah letak,anda boleh mengamalkan amalan doa di bawah ini:

1. Anda harus mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.

2. Setelah anda mengetahui barang yang dicu ri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.

3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, maka lanjutkan dengan membaca surat al-Ikhlas (Qulhu Allahu Ahad) sebanyak 7 kali.

4. Baca selawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.

5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.

6. Bacakan asmaul khusna YA HAFIIDHU sebanyak 119 kali.

7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa:

“Ya Tuhanku, aku mohon supaya dikembalikan barang (Nama barang yang hilang) yang telah dicuri secepat mungkin”.

Setelah anda lakukan mengikuti cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.

Ada tambahan doa lagi yang bisa anda baca:

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

ALLAHUMMA AJIRNI FII MUSIIBATII WAKHLUFNI KHOIRAN MINHA

Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..”

Itulah doa yang boleh anda amalkan untuk mengembalikan barang yang dicuri atau tersalah letak.

Jangan sesekali pergi ke dukun, kerana disamping dosa, hal itu hanya akan membuat anda semakin rugi. Semoga bermanfaat. Ikhtiar kita untuk mencari kembali barang yang hilang.

Baca Lagi:

Aksi tiga wanita ‘sakan’ bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz, apa dah jadi?

Elakkan tidur dengan cahaya malap, nak tahu kenapa? ini sebabnya….

Penyanyi terkenal tak sengaja terselak baju sampai nampak payudara di live TV

CATEGORIES