Terpaksa tahan sakit lebih satu jam! Cincin melekat pada alat sulit

553 17 e1652152536901

Terpaksa tahan sakit lebih satu jam! Cincin melekat pada alat sulit.

Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki warga Rohingya yang mengalami kejadian cincin melekat pada kemaluan.

Lelaki itu berhadapan detik memalukan ketika anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan cincin yang melekat pada kemaluannya dalam kejadian di Hospital Ampang pada Ahad.

Terpaksa tahan sakit lebih satu jam! Cincin melekat pada alat sulit

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 9.20 malam.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 9.23 malam.

“Kejadian melibatkan seorang lelaki Rohingya berumur 26 tahun yang mana cincin melekat pada alat sulit mangsa,” katanya.

Katanya, anggota bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan cincin tersebut.

“Anggota bomba kemudian berjaya memotong cincin tersebut dan mengeluarkannya menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang dalam keadaan stabil diserahkan kepada pihak Hospital Ampang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Baca Lagi:

Gali Kubur & Rogol Mayat Remaja OKU, 17 Lelaki Disiasat Polis

Aksi lelaki menyamar sebagai polis buat speed trap berjaya halang pemandu bawa laju dijalan kampung

Gagal kawal situasi keadaan lapangan terbang Jeddah, CEO dipecat serta-merta

Leave a Reply

Your email address will not be published.