Terlampau taksub dengan motor RXZ, sanggup menyamar jadi anggota polis untuk curi motor

Terlampau taksub dengan motor RXZ, sanggup menyamar jadi anggota polis untuk curi motor

Terlampau taksub dengan motor RZX, sanggup menyamar jadi anggota polis untuk curi motor.

Menyamar sebagai seorang anggota polis, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan selepas terlibat dalam satu kes kecurian sebuah motorsikal RXZ pada lewat malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek lelaki Melayu itu ditangkap sepasukan polis Cawangan Operasi/Risikan, Jabatan Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya di Mutiara Damansara.

Katanya, hasil maklumat soal siasat, suspek telah membawa polis ke Kota Damansara di mana lokasi lori yang digunakan disimpan.

“Polis telah merampas sebuah lori Mitsubishi berwarna putih dan seunit telefon pintar milik suspek,” katanya.

Fakhrudin berkata, mangsa seorang penghantar makanan berusia 30 tahun telah membuat laporan polis pada pukul 6.20 petang semalam.

“Semasa mangsa keluar rumah pada pukul 8 pagi, motosikal milik pengadu dalam keadaan berkunci termasuk menggunakan kunci tambahan.

“Apabila pulang ke rumah pada pukul 5.20 petang, pengadu mendapati motosikal miliknya tiada,” katanya.

Tambahnya, mangsa kemudian dimaklumkan oleh pengawal keselamatan, dua lelaki mengaku sebagai anggota polis sebelum membawa motosikal pengadu menaiki sebuah lori.

“Polis kini sedang giat memburu seorang lagi suspek bersama motosikal yang dicuri,” katanya.

Terlampau taksub dengan motor RZX, sanggup menyamar jadi anggota polis untuk curi motor

Kes disiasat dibawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di di media sosial mengenai kehilangan sebuah motosikal yang diparkir di Apartment Selasih, Damansara Damai diangkut “anggota polis” dengan menaiki sebuah lori.

Video tular itu sempat dirakam oleh pengawal keselamatan ketika kedua-dua suspek dengan selamba mencuri motosikal mangsa.

Baca Juga : Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati
Lelaki diculik 3 wanita, dirogol bergilir-gilir selama 3 hari
Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka sangat dengan amoi berbanding perempuan melayu..
CATEGORIES