Terlalu sayang isteri, lelaki kena tahan sebab telefon isteri lebih 100 kali sehari

Photo of author

By Joe

Terlalu sayang isteri, lelaki kena tahan sebab telefon isteri lebih 100 kali sehari. Seorang lelaki Jepun berusia 38 tahun ditahan kerana mengintip isterinya sendiri dengan cara menghubungi wanita itu lebih 100 kali sehari tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Oddity Central melaporkan semalam, wanita berusia 31 tahun yang berasal dari Amagasaki di wilayah Hyogo mula menerima panggilan aneh tersebut pada 10 Julai yang lalu.

Gangguan ini berlanjutan selama beberapa minggu, kerana panggilan-panggilan tersebut datang daripada nombor telefon yang tidak dikenali, membuatkan wanita itu tidak dapat menyekatnya.

Terlalu sayang isteri, lelaki kena tahan sebab telefon isteri lebih 100 kali sehari

Pada kebanyakan hari, wanita itu menerima puluhan panggilan, tetapi ada kalanya telefonnya berbunyi lebih 100 kali sehari.
Namun, tiada panggilan diterima pada waktu malam atau ketika dia sedang bermain permainan menggunakan telefon bimbit suaminya, menyebabkan wanita itu curiga dengan identiti pemanggil misteri tersebut.

Memandangkan situasi ini berlarutan lama, wanita tersebut, yang ingin mendedahkan identiti pemanggil misteri, mula menganalisis corak panggilan dan mengesyaki bahawa tindakan itu dilakukan oleh suaminya.

Ini kerana satu-satunya masa dia tidak menerima panggilan telefon adalah pada waktu malam ketika mereka tidur bersama, dan ketika dia menggunakan telefon bimbit suaminya untuk bermain permainan.

Wanita tersebut membuat laporan polis untuk menyelesaikan misteri ini, dan hasil siasatan mengesahkan bahawa pelakunya adalah suaminya. Lelaki itu kemudian ditahan pada 4 September lalu kerana melanggar undang-undang anti-pengintipan Jepun.

Apabila ditanya tentang sebab di sebalik tindakannya, lelaki itu menjawab, “Saya sayang isteri saya dan membuat panggilan telefon kepadanya tanpa bersuara apa-apa.”

Baginya, tindakan tersebut adalah bukti cinta agungnya terhadap isterinya.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa kes pengintipan pasangan jarak jauh bukanlah sesuatu yang baru di Jepun, namun kes di Amagasaki ini adalah yang pertama melibatkan pasangan yang tinggal bersama.

Baca Lagi:
Awek Rusia jadi ‘angau’ selepas makan burger special dari Malaysia
“Katil bergegar”- Wanita kongsi pengalaman sewa homestay di Pantai Timur diganggu makhluk halus, pesanan arwah datuk jadi penyelamat..
Ramai tak tahu, Tun V.T. Sambanthan pernah jadi Perdana Menteri Malaysia untuk satu hari