TERKINI !!! Taman Tema Genting Highland terbakar

TERKINI !!! Taman Tema Genting Highland terbakar

TERKINI !!! Taman Tema Genting Highland terbakar. Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Taman Tema Genting Skyworlds, Genting Highlands hari ini.

Menurut Astro Awani, kejadian yang menggemparkan para pengunjung taman tema tersebut berlaku kira-kira jam 4.45 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands berkata, kebakaran yang berlaku dipercayai melibatkan sebuah bangunan empat tingkat di pusat peranginan tersebut.

TERKINI !!! Taman Tema Genting Highland terbakar

Taman Tema Genting dilaporkan terbakar petang tadi, dengan api yang jelas terlihat membara.

“Jentera JBPM dari Genting Highland dan dibantu pasukan penyelamat dari Bentong dan Janda Baik sudah digerakkan ke lokasi insiden,” kata jurucakap seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Pahang memaklumkan pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 5.18 petang.

Seramai empat anggota dari JBPM Genting Highland dikerah ke lokasi kejadian. Mereka turut dibantu oleh 16 anggota iaitu masing-masing dari balai Bentong dan Janda Baik.

Tiada kematian dilaporkan semasa kebakaran. Menurut Astro Awani, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan setakat ini. Para pengunjung dan kakitangan taman tema di bangunan berdekatan turut diarahkan untuk mengosongkan premis masing-masing.

Terdahulu, beberapa keping gambar dan video kejadian tular di media sosial dipercayai dikongsikan oleh para pengunjung taman tema berkenaan.

Baca Lagi:
“Susah nak jumpa lelaki macam ni”- Lelaki dipuji netizen kerana terlalu ‘sweet’ letak gambar isteri dalam kereta
Akhirnya terjawab kenapa semut suka hurung air kosong dalam pemanas air, ini sebabnya yang ramai tak tahu
Sudah 6 tahun kerja kedai fotokopi, lelaki ada kelulusan PhD masih berjuang cari pekerjaan
CATEGORIES