Terkini : Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib Razak dan Rosmah Mansor

Terkini : Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib Razak dan Rosmah Mansor

Terkini : Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menarik balik Darjah Kebesaran Negeri Selangor daripada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain Najib dan Rosmah, turut ditarik balik darjah kebesaran adalah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas baginda mempengerusikan Mesyuarat Khas Dewan Diraja Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang, dan berunding dengan Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.

Terkini : Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib Razak dan Rosmah Mansor

Katanya, penarikan balik darjah kebesaran itu selaras dengan kuasa prerogatif baginda di bawah Perkara XXXVII dan Perkara XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor.

“Datuk Seri Najib Razak telah dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.

“Beliau telah didakwa di Mahkamah Tinggi di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn. Bhd.

“Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri dan DPMS Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022,” katanya.

Beliau berkata, Rosmah pula dikurniakan Keahlian SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada tahun 2005.

Katanya, Rosmah telah didakwa di Mahkamah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah.

“Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas semua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya.

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Mohd Arif telah dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Dato’ – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2005, Darjah Kebesaran Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) Kelas Ketiga pada tahun 2003 dan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) Kelas Keempat pada tahun 2001.

“Beliau telah disabitkan dan dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah. Pada 23 Januari 2021, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang DSIS Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’, SIS. Kelas Ketiga dan AMS Kelas Keempat adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022,” katanya.

Baca Lagi:

Ditahan sejak Julai, suspek lelaki mati dalam tahanan polis

Sempena kematian Queen Elizabeth, semua pengedar dadah di UK beri harga diskaun untuk Kokain dan Ketamin

Bengkel IPK Kedah terbakar, lima motosikal berkuasa tinggi milik PDRM musnah

CATEGORIES