Terkini! Mesyuarat kabinet hari ini, tarikh PRU15 bakal diketahui

Terkini! Mesyuarat kabinet hari ini, tarikh PRU15 bakal diketahui

Terkini! Mesyuarat kabinet hari ini, tarikh PRU15 bakal diketahui.

Mensyuarat kabinet pada hari ini bakal menjadi tumpuan utama politik negara apabila ia dijangka membincangkan mengenai tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin berkata, beliau akan membawa pandangan semua pihak mengenai tarikh pilihan raya dalam mesyuarat pada Rabu, memandangkan kabinet mempunyai wakil daripada pelbagai parti.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, perbincangan dengan kabinet itu mungkin lebih cepat daripada pertemuan bersama pemimpin atasan UMNO atau ‘Top 5′ yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, dan tiga Naib Presiden parti.

Terkini! Mesyuarat kabinet hari ini, tarikh PRU15 bakal diketahui

Dalam pada itu, Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera dijadualkan berlepas ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) selepas mesyuarat berkenaan.

Perjumpaan lima pemimpin tertinggi UMNO termasuk Ismail Sabri yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu lalu terpaksa ditangguhkan susulan penundaan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Khas yang sepatutnya diadakan pada hari sama.

Seperti diketahui umum, UMNO merupakan antara pihak yang mendesak agar PRU15 diadakan pada tahun ini.

Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 29 Ogos lalu berkata, PRU15 akan diadakan tahun ini memandangkan Ismail Sabri sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun hadapan.

Terkini! Mesyuarat kabinet hari ini, tarikh PRU15 bakal diketahui

Terbaharu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Ahad lalu berkata, partinya yakin PRU15 akan diadakan antara Oktober hingga Disember ini.

Namun begitu, idea mengadakan PRU pada tahun ini secara umumnya tidak dipersetujui oleh rata-rata parti lain, bukan sahaja di blok pembangkang malah parti yang bersama-sama membentuk kerajaan ketika ini antaranya Pas.

Antara faktor utama menyebabkan mereka menolak idea tersebut adalah kerana kemungkinan bencana banjir yang diramalkan bermula pada pertengahan November ini yang kemudian disusuli musim tengkujuh pada Disember.

Untuk rekod, kerajaan ketika ini masih mempunyai tempoh masa sehingga Jun tahun hadapan untuk mengadakan PRU15 iaitu sehingga tamat penggal Parlimen ke-14.

Dalam pada itu, antara isu utama lain bakal dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu adalah mengenai sindiket penipuan kerja melibatkan warganegara Malaysia dan kemelut dihadapi penoreh getah serta pekebun kecil berkaitan pendapatan mereka.

Baca Lagi:

Lelaki berjalan atas air sungai berjaya dirakam, penduduk kampung terkejut

Dr Erin cabar dedah gambar bogel miliknya, siap dedah sebab 7 kali cerai

Bumi sudah “penat”, malapetaka dasyat akan terjadi jika ini dilepaskan

CATEGORIES