TERKINI : Kerajaan setuju mansuh hukuman mati mandatori

TERKINI : Kerajaan setuju mansuh hukuman mati mandatori

TERKINI : Kerajaan setuju mansuh hukuman mati mandatori.

Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada 8 Jun lalu.

Katanya, Jemaah Menteri juga bersetuju cadangan hukuman gantian diteliti dan dikaji dengan lanjut, ke atas 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

TERKINI : Kerajaan setuju mansuh hukuman mati mandatori

“Kajian lanjut itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian dan jabatan berkepentingan,” katanya dalam kenyataan.

Kerajaan juga akan mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah, antaranya seperti pewujudan prosedur pra-penghukuman, penubuhan Majlis Penghukuman, dan pembangunan garis panduan penghukuman.

Turut akan dikaji penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang, pembaharuan institusi kepenjaraan, dan pelaksanaan hukuman berdasarkan keadilan restoratif.

Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dianggotai pakar bidang perundangan seperti bekas hakim besar Malaya, bekas peguam cara negara, pengamal undangundang, pensyarah undang-undang daripada institusi pengajian awam dan dan pakar kajian jenayah.

Ia diketuai bekas ketua hakim negara, Richard Malanjum.

Baca Lagi:

Gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah, ibu ikat anak dan jemur atas bumbung

Malu terlanjur dengan pasangan, gadis simpan 7 janin dalam kotak gabus

Kantoi! Suami buat perbuatan terkutuk dengan perempuan lain di rumah sendiri semasa isteri bekerja

CATEGORIES