Terkini! Kerajaan kalah undi SOSMA 86-84

Terkini! Kerajaan kalah undi SOSMA 86-84

Terkini! Kerajaan kalah undi SOSMA 86-84

Usul bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) gagal mendapat sokongan mencukupi Dewan Rakyat petang ini.

Hanya 84 ahli parlimen bersetuju berbanding 86 yang tidak bersetuju dalam proses undi belah bahagi tersebut. Seramai 50 orang lagi ahli parlimen tidak hadir.

Ini bermakna, subseksyen berkenaan – yang membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret – tidak akan lagi berkuat kuasa selepas ia luput pada 31 Julai 2022

CATEGORIES