Terkini: Ahli Parlimen Jelebu BN umum sokong Muhyiddin calon PM

Terkini: Ahli Parlimen Jelebu BN umum sokong Muhyiddin calon PM

KENYATAAN MEDIA
YB DATUK SERI JALALUDDIN BIN ALIAS
AHLI PARLIMEN JELEBU

Kita menerima keputusan Pilihanraya Umm ke-15 (PRU15) ini dengan penuh kematangan dan keputusan Barisan Nasional (BN) yang hanya mampu menang di 30 kawasan parlimen.

Dalam situasi ini, tiada satu parti pun yang beroleh majoriti mudah kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Namun demikian, kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara ini harus diteruskan dengan dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil dan berpengalaman.

Terkini: Ahli Parlimen Jelebu BN umum sokong Muhyiddin calon PM

Berpaksikan ‘track record’, saya berprinsip bahawa kita harus membentuk sebuah
‘unity government’ tanpa Pakatan Harapan (PH) untuk menerajui Kerajaan Malaysia pasca PRU15 ini.

Asas utama penolakan terhadap PH in adalah atas kegagalan pentadbiran negara dan keruntuhan negara semasa 22 bulan diperintah mereka pada PRU14 lalu.

Perkara in sewajarnya menjadi ‘collective responsibility’ dikalangan ahli-ahli Dewan Rakyat BN, Perikatan Nasional, PEJUANG, GPS, GRS, BEBAS dan lain-lain.

Secara terbuka, saya mengambil sikap berjiwa bear dan matang dalam kolektif politik untuk mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri atas kerangka bahawa PN memiliki jumlah kerusi kedua tertinggi dalam
Dewan Rakyat selepas PH.

Kerangka pemikiran in adalah atas prinsip saya untuk memastikan rakyat dan negara ini terus berada dalam keadaan stabil dan makmur sepertimana yang parti saya perjuangkan.

Sekian, terima kasih.

DATUK SERI JALALUDDIN BIN ALIAS
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ali Parlimen Jelebu
20 November 2022

Terkini: Ahli Parlimen Jelebu BN umum sokong Muhyiddin calon PM

Sumber

Baca Lagi:
Sokongan mencukupi, Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri petang ini?
Sokongan MP tak langgar akta lompat parti – Muhyiddin
Kerjasama PH dan BN dijangka dimuktamadkan hari ini, perjumpaan di hotel jam 10 pagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *