‘Terjunan padu dan kemas’- Netizen harap penerjun Sarawak boleh jadi wakil Malaysia kalahkan penerjun China. Antara momen yang mendapat perhatian ramai adalah persembahan cemerlang penerjun Sarawak, Elvis Priestley Clement.
Beliau telah meraih emas dalam acara tiga meter papan anjal SUKMA 2024 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong Kuching semalam.
Elvis Priestley berjaya mengumpul 415.15 mata dalam saingan akhir tersebut.
Kejayaannya sekaligus menewaskan dua pencabar dari Wilayah Persekutuan, Rui Jie Yong (tempat kedua) dan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim (tempat ketiga).
Ramai berharap beliau mampu menjadi wakil Malaysia dalam sukan Olimpik.
Selain namanya yang mencuri perhatian ramai kerana seakan sama dengan penyanyi rock legenda Amerika Syarikat, Elvis Presley, ramai juga yang terpegun dengan persembahan pemuda tersebut dan berharap agar anak muda dari Sarawak ini mampu mewakili Malaysia di Olimpik suatu hari nanti.
Malah, ada yang berpendapat bahawa terjunannya setanding dengan penerjun dari China yang sering menjadi tumpuan dunia.
@tvsarawakAkuatik Terjun (L): Atlet Sarawak, Elvis Priestley Clement memenangi pingat emas 3m papan anjal. Liputan langsung SUKMA XXI Sarawak 2024 di TVS saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro dan juga tvsarawak.my/StadiumSUKMATVS #SUKMA2024 #StadiumSUKMATVS #OohaaSUKMA
Berikut adalah antara komen-komen daripada netizen: