Teringin nak makan ayam McD?, ini cara mudah goreng ayam rasa seperti ayam McD

Photo of author

By Joe

Teringin nak makan ayam McD?, ini cara mudah goreng ayam rasa seperti ayam McD. Ayam goreng merupakan salah satu hidangan yang digemari di seluruh dunia. Terdapat pelbagai cara untuk memastikan ayam goreng menjadi rangup dan sedap. Namun, terdapat cara yang paling mudah untuk mendapatkan ayam goreng yang tetap rangup dan kriuk-kriuk walaupun selepas beberapa jam dimasak.

Anda tidak perlu menggunakan pelbagai campuran atau tambahan untuk mencapai hasil ayam yang rangup ini. Cukup hanya dengan menggunakan dua bahan asas sahaja.

Teringin nak makan ayam McD?, ini cara mudah goreng ayam rasa seperti ayam McD

Bahan – bahan

  • Ayam
  • Tepung bestari spicy / ori
  • Minyak

Cara penyediaan

1. Bancuh tepung bestari dengan air. Kuantiti air dan tepung mestilah bergantung kepada jumlah ayam. Perap tepung bersama ayam selama setengah jam (lagi lama perap, lagi juicy) didalam peti ais bahagian bawah sahaja.

2. Masukkan pula tepung bestari yang tidak dicampur apa- apa ke dalam satu bekas besar bagi memudahkan salutan ayam dilakukan.

Teringin nak makan ayam McD?, ini cara mudah goreng ayam rasa seperti ayam McD

3. Ambil ayam yang diperap tadi lalu masukkan ke dalam tepung kering dan gaul rata. Tekap ayam dengan tepung supaya ayam disaluti sepenuhnya dengan tepung.

Teringin nak makan ayam McD?, ini cara mudah goreng ayam rasa seperti ayam McD

4. Dalam bekas lain, isi air sejuk dan letakkan penapis. Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam air dan rendam sekejap (dalam 2 saat).

Teringin nak makan ayam McD?, ini cara mudah goreng ayam rasa seperti ayam McD

5. Angkat ayam yang direndam tadi dan toskan.

Teringin nak makan ayam McD?, ini cara mudah goreng ayam rasa seperti ayam McD

6. Kemudian masukkan semula ke dalam tepung kering dan gaul rata (pastikan tepung banyak bagi memudahkan salutan tepung dilakukan).

Teringin nak makan ayam McD?, ini cara mudah goreng ayam rasa seperti ayam McD

7. Goreng ayam dalam kuali atau periuk menggunakan minyak yang banyak untuk hasilkan ayam goreng yang cantik dan masak dengan sekata.

Teringin nak makan ayam McD?, ini cara mudah goreng ayam rasa seperti ayam McD

8. Dan inilah hasilnya. Selamat mencuba!

Teringin nak makan ayam McD?, ini cara mudah goreng ayam rasa seperti ayam McD

Nota:

  • Gunakan banyak minyak semasa menggoreng untuk mencapai kerangupan yang diinginkan.
  • Gunakan minyak yang baru agar ayam tidak tercampur rasa dengan minyak yang lama.
  • Pastikan campuran air dan tepung dalam perapan tidak terlalu cair atau pekat (gunakan jumlah yang sederhana).
  • Untuk perapan ayam yang lebih meresap, cucukkan ayam dengan garfu agar perapan dapat masuk ke dalam daging dan menjadikan rasa lebih enak.
Baca Lagi:
Papagomo dicekup polis selepas keluar mahkamah
Wanita kongsi tips mudah bangun pagi, dah 9 tahun buat badan jadi tak lesu dan segar sampai petang
Tular kedai letak papan tanda amaran ‘perokok akan ditembak, jika masih hidup akan ditembak lagi’ raih perhatian netizen